Tuesday, June 1, 2010

A-Y-I-E Jelajah Blog Neoz



Assalamualaikum... Kali ni nak tengok member blogger aktif kita ni, iaitu A-Y-I-E jelajah blog saya.. Well, seperti syarat-syarat yang A-Y-I-E tetap kan di dalam blog nya, saya akan menuruti segala apa yang telah dia maklumkan itu. Gua tunggu kedatangan mu AYIEEEeeee...... kekekek...





syarat-syaratnya ialah


1)Copy header BLOG A-Y-I-E


2)Buat satu entri yang bertajuk Jelajah Blog A-Y-I-E Versi 2.0.
Didalam entri tersebut, sila nyatakan sebab-sebab mengapa saya perlu jelajah blog anda.
Selain itu, anda dikehendaki nyatakan entri blog anda yang terbaik.Sila pilih satu sahaja entri didalam blog anda untuk dikongsikan bersama-sama kami.

Sebab-sebab A-Y-I-E perlu jelajah blog ni....





Pertama


Ini adalah cabaran pertama yang perlu di sahut dan ingin mendengar apa komen A-Y-I-E mengenai blog sharing yang saya buat ni. Nak dengar saranan dan kritikan yang akan A-Y-I-E luahkan pula lepas ni. Nak dengar juga kritikan panas A-Y-I-E lepas ni. Adakah beliau sama membebel seperti Ben? Atau A-Y-I-E memuji seperti lelaki memuji keindahan dan kecantikan paras rupa wanita yang di idamkan nya.... kekek... sama-sama kita tunggu...
A-Y-I-E nak kutuk pas ni, saya terima dengan seada nyer laaa... apa salah nya terima pandangan orang dan pendapat seseorang. Kalau A-Y-I-E suka blog ni, A-Y-I-E akan dapat software yang paling ganas yang x akan saya masukan dalam blog ni.... kekekek....






Kedua

Neoz nak bagitau A-Y-I-E mengenai Sharing software di blog dalam bahasa melayu di negara kita agak kurang. Ada memang ada, tapi agak berkurangan lah..  Kebanyakan blogger sharing dalam bahasa english untuk publish software di dalam blog mereka. Jadi, saya guna kan peluang ni untuk membuat blog sharing software dalam bahasa melayu. Hak saya sebagai warganegara Malaysia, saya akan terus sharing dalam Bahasa Melayu untuk kesenangan orang-orang baru dalam dunia cyber ni. Cuba bayangkan seseorang yang masih mentah lagi untuk mempelajari apa itu komputer dan masih jahil lagi dalam bahasa english, dan mereka membuka pula hamparan halaman bahasa english, sepatah kata pun mereka tak akan paham, jadi di disini lah wujud nya blog saya dalam bahasa melayu untuk sharing software. Apa macam A-Y-I-E, ok tak ulasan saya ni...? Setuju ke  tak setuju A-Y-I-E? hehe..

Ketiga
Sebab yang paling last ni adalah untuk mengeratkan lagi talian silaturahim antara kita 1 Malaysia ni. Menambah ramai rakan blogger di Malaysia. Tapi kalau boleh tu, nak juga negara luar mengenali blog ni... heheh....


Apa -apa pun, di persilakan A-Y-I-E datang ke blog ni dan mengomen nya... hahah. Kalau rasa orang lain nak tolong A-Y-I-E komen sama pasal blog ni, di persila kan.... Saya tak kesah, semua tu saya anggap sebagai 1 pengetahuan dan teguran untuk membina. Kalau nak puji tu, lagi lah saya bersyukur Alhamdulillah... kekeke...



Entri Terbaik Saya :

Untuk penghabisan bagi sesi permintaan syarat-syarat A-Y-I-E ni adalah, entri terbaik dalam blog saya. Jadi secara keseluruhan nya, setelah saya menyemak segala isi posting saya yang lepas, so ini lah entri terbaik lagi menarik:







Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

Milltafacebook merupakan cabaran dari warga negara Pakistan kepada facebook. Jaringan sosial ini adalah bertujuan melawan tingkah laman facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook kerana terdapat satu halaman menghina Islam, "Everyone Draw Mohammed Day" (Hari Lakar Muhammad)..... (Klik sini untuk membaca selanjutnya)

Okey lah, itu lah saja yang saya dapat kongsi pada A-Y-I-E. Cepat-cepat lah jelajah dan komen blog ni A-Y-I-E.... heheheh....

No comments:

Post a Comment