Sunday, June 13, 2010

Windows Vista / 7 Folder Background Changer v1.1


Windows Vista / 7 Folder Background Changer v1.1

Windows 7 Folder Background Changer merupakan utiliti freeware untuk mengubah background explorer/wallpaper pada latar belakang file, folder, drive dan USB anda. Keistimewaan pada utiliti versi 1.1 ini adalah, anda dapat mengubah pelbagai jenis format gambar, menukar warna teks, dan menunjuk bayangan di bawah teks untuk membantu anda membuat fail dan nama sub-folder yang lebih menonjol. 



Anda dapat memilih atau menukar semula wallpaper anda yang lain hanya dengan menekan button Change Background Image. Jika ingin memadam atau mengalihkan gambar yang tidak sesuai pada keinginan anda, anda boleh menekan butang Remove Background Image. Untuk penghasilan teks yang berwarna mengikut kesesuaian warna yang anda inginkan, klik sahaja pada Text Colour dan pilih warna tulisan dengan kehendak anda. Jika anda lebih suka warna di ikuti dengan bayangan, sila tick pada kotak Show Shadow Under Text. Apply To Sub Folder adalah memilih 1 tema untuk di kongsi ke semua folder yang ada di dalam Pc anda. Manakala untuk Uninstall, kegunaan untuk memadam kesemua background yang telah anda set kan di dalam pc anda. Untuk memilih folder atau driver yang ingin di tambah background, sila pilih pada File Location iaitu butang Browse.

Saya harap, ia amat bermanfaat pada anda untuk mempercantik kan lagi background, file, folder, USB dan drive anda dengan gambar yang anda inginkan. Utiliti ini hanya sesuai untuk Window 7 dan Window Vista sahaja.  Jika anda mempunyai masalah untuk melakukan nya, saya syorkan anda terminate dahulu explorer.exe. Jika masih tidak muncul juga background tersebut, cuba log off/restart/shutdown dan on kembali. Kemudian check balik folder di mana yang anda buat tadi, di harapkan ia berjaya. Pada yang berminat, sila download di bawah ini:

Windows Vista / 7 Folder Background Changer v1.1

No comments:

Post a Comment