Monday, June 21, 2010

ARAHAN: Urban Martial Arts Actions (Movie Download 2004)


Salam semua para temanku dan sahabatku sekalian. Baiklah, kali ini aku ingin berkongsi satu lagi movie. Tapi movie ni lama, tak silap aku tahun 2004. Movie yang aku maksudkan ni movie favourite aku dulu, nama dia ARAHAN: Urban Martial Arts Actions. Kisah martial art berunsur kan komedi. Sedikit Sinopsis yang boleh aku tahu, kisah bermula seorang lelaki yang bekerja sebagai anggota polis. Jika di lihat dari segi faktor rupa fizikal dan mental, dia ni ala-ala bodoh gitu. Tetapi, pada suatu hari, beliau terserempak dengan sorang peragut yang telah mencuri barang, lalu beliau mengejar. Namun, atas rupa cara beliau ni yang nampak sengal, so tak dapat le dia mengejar peragut tersebut. Dalam masa yang sama, muncul seorang heroin yang pandai menggunakan seni bela diri, siap boleh terbang lagi tu, nak tangkap si pencuri ni. Last-last pencuri ni tertangkap kerana heroin ni ada kuasa sakti. Malang pula nasib si polis tersebut kerana terkena tempias kuasa si heroin.

Dalam part ni, si heroin mula rasa pelik apabila melihat lelaki polis ni macam tak ada apa-apa pun selepas terkena kuasa dia. Di sini, heroin ni mula sedar bahawa si polis ni adalah merupakan orang yang terpilih untuk di jadikan hero dan mempunyai kuasa dalam yang tersembunyi dalam diri nya. Semenjak dari situ si hero ni terus di latih oleh si ayah heroin. Ayah si heroin ni merupakan super martial art yang juga mempunyai kuasa. Si ayah ni lah berusaha mengajar kungfu dan mengajar si hero ni untuk mengeluarkan kuasa dalaman. Dalam part ni juga akan datang nya orang jahat dari zaman lampau untuk menghapuskan bumi. Si penjahat ni mempunyai kuasa yang hebat juga.

Hari demi hari, kuasa dalaman si hero ni semakin bertambah dan gangguan si penjahat semakin menjadi. Eh, panjang lebar pula aku becerita. heheh... Syok cerita ni, boleh layan tau... nak lebih lanjut movie ni, sila download dari rapidshare di bawah.


Nak tengok ARAHAN Trailer, tengok kat bawah ni:



Baiklah, siapa rasa malas nak download dari rapidshare tu, aku bagi 1 lagi choice untuk korang. Kali ni korang kena tengok online. Tapi siapa yang ada Internet Download Manager tu, untung lah sikit. Sebab movie ni sambil kita tengok online kita boleh download menggunakan IDM. Pilih lah, nak tengok online sampai habis ker, nak download? Kekekek... Hope u all enjoy okey!

Sila tengok kat SINI

No comments:

Post a Comment