Thursday, June 24, 2010

Plugin Al-Quran For MS-Word ver 1.3

Plugin Al-Quran For MS-Word ver 1.3

Mungkin tidak lama lagi akan hadir nya bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh makna bagi umat Islam sedunia untuk beribadah kepadaNya dan menunaikan rukun islam yang ketiga. Sehubungan menunggu bulan yang penuh di berkati ini, saya akan mempostingkan satu plugin untuk Microsoft Words. Plugin Al-Quran For MS-Word versi 1.3 merupakan salah satu plug in himpunan ayat-ayat suci Al-quran yang dapat membantu anda mengetahui maksud ayat di dalam al-quran di dalam bahasa rumi (Bahasa Melayu).


Plugin Al-Quran For MS-Word ver 1.3 ini dapat berjalan di MS-Word 2000, MS-Word XP (2002), MS-Word 2003, dan MS_Word 2007. Namun, jika anda yang mempunyai MS-Word 1997 harus menahan kecewa, tetapi rasanya ketika kini tidak ada lagi yang menggunakan MS-Words 1997 kan. Saiz hanya 1MB sahaja dan mungkin plugin ini amat berguna pada anda di dalam mengetahui sesuatu maksud ayat di dalam Al-Quran tersebut.

Petunjuk Install:
  1. Download dan ekstrak
  2. Kemudian install SetupQuranInWordInd1.3
  3. Setelah selesai install, buka MS-Word dan pastikan anda mendapati menu Al-Quran berada di sebelah kanan menu Help. Jika belum ada, anda di sarankan melakukan restart pc anda. Jika pengguna Win7 atau MS-Words 2007, sila pada Add-Ins.
  4. Untuk mendapatkan kutipan ayat atau surat Al-Quran, klik menu Al-Quran tersebut kemudian pilih submenu yang ada dengan keterangan.
-Get Arabic+Translation >> ayat atau surat Al-Quran beserta terjemahan
-Get Arabic >> untuk ayat atau surat Al-Quran sahaja
-Get Translation >> untuk terjemahan sahaja

  • Surat >> untuk options surat yang dapat kita pilih
  • Ayat >> kita dapat mengambil beberapa atau semua ayat dari surat yang dipilih
  • Font Size >> ukuran atau besar huruf
  • Unicode >> tampilan huruf yang unik dan lebih kecil
  • New Line >> ganti baris untuk setiap ayat
  • witch >> setiap baris ayat diikuti dengan terjemahannya

Plugin Al-Quran For MS-Word ver 1.3

No comments:

Post a Comment