Sunday, November 15, 2009

RENUNGAN BAGI SEGALA MUSLIMAT

"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang ia sukainya dengan tampa hisab"



Rasulullah SAW bersabda:

Wanita, apabila ia sembahayang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kerhormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Rasulullah SAW bersabda:

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Rasulullah SAW bersabda:

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Rasulullah SAW bersabda:

Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkhawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas khawin).

Rasulullah SAW bersabda:

Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristifarlah para malailat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang sabil).

Rasulullah SAW bersabda:

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat, tiada nur baginya.

Rasulullah SAW bersabda:

Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia

Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Al-Pattani menulis dalam kitabnya MUHIMMAH

"Derhaka seorang perempuan yang keluar dari rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yan bukan fardu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardu ain dan haram atas suaminya menegah isteri jika ia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika ia ada ilmu nescaya wajib atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu (suami mampu mengajar isterinya akan fardu ain) haramlah keluar perempuan itu dari rumahnya lagi derhaka ia."

KEISTIMEWAAN MANUSIA

· Manusia adalah makhluk paling istimewa ciptaan Tuhan.

· Manusia mempunyai sifat-sifat istimewa yang tidak dimiliki oleh benda-benda hidup yang lain.

· Manusia mempunyai akal yang membolehkannya berfikir dan membezakan antara yang baik dan

yang buruk.

· Akal menjadi manusia sebagai makhluk yang paling mulia jika dibandingkan dengan hidupan yang

lain.

· Kebolehan berfikir membolehkan manusia memajukan dirinya.

· Manusia boleh mengingati sesuatu perkara, merancang, membuat keputusan dan mengambil

tindakan.

· Kebolehan bertutur pula membolehkan manusia berhubung dan bertukar pendapat antara satu sama

lain.

· Ia membolehkan manusia bersatu, bekerjasama dan hidup sebagai sebuah masyarakat.

Hadis Yang Menarik (Alam Kubur & Al-Quran)

Rasulullah s.a.w bersabda : 'Bila seseorang itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah s.a.w bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari Nabi atau Malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua, kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Semoga memperolehi sedikit ilmu yang bermanafaat untuk kita semua…

Saturday, November 14, 2009

AYAH BACA KUAT-KUAT YA.... (RENUNGAN)

-cerita ini sekadar mengingatkan kita. Bagi yang pernah membaca, kita renungkan kembali.-

Pada suatu malam Halim, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasa sedang sibuk memerhati kertas kerja yang dibawa balik rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat bersama usahawan yang berpangkat tinggi dari semua syarikat pemegang saham.

Ketika sedang asyik mentelaah segala hasil kejanya, anaknya Sofia datang mendekati dan berdiri di hadapan ayah dengan membawa sebuah buku cerita baru. Buku yang bergambarkan seorang anak kecil yang comel, yang sangat menarik perhatian Sofia. “Ayah lihat”! suara Sofia cuba berusaha menarik perhatian ayahnya. Halim memaling muka ke arah anaknya, sambil menurunkan kaca matanya, kata yang keluar dari mulut Halim hanyalah ayat yang basi di dengar “Wah.. Buku baru ya Sofia?”, “Ya Ayah” Wajah Sofia berseri-seri mengharapkan andaian yang membahagiakan dari mulut ayahnya. “Bacakan untuk Sofia ya ayah” pinta Sofia dengan lembut, “Erm, sekarang tak boleh nak, ayah tengah sibuk ni” kata Halim dengan cepat. Lalu Halim terus mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berselerakkan di depannya, dengan serius.

Sofia termanggu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut sedikit manja, ia kembali merayu “Ayah, Mak cakap ayah yang akan bacakan untuk Sofia” Halim mulai agak resah, “Sofia, kan ayah tengah sibuk ni, suruh emak kamu yang tolong bacakan ya” “Mak sibuk lah ayah. Cuba ayah tengok gambar ni sangat lucu kan”, “Lain kali ye sofia, pergi sana cepat! Papa ada banyak kerja lagi ni” Halim berusaha menumpukan perhatian pada lembaran kerta-kertas kerja nya tadi. Minit demi minit pun berlalu, Sofia menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri dengan penuh harapan, dan tiba-tiba sofia bersuara lagi. “Ayah,... gambar dalam buku ni bagus, mesti ayah suka juga”, “Sofia, kan ayah dah cakap, LAIN KALI!!” bentak Halim dengan keras. Nampak nya kali ini Halim berhasil, semangat Sofia yang kecil itu terkulai dan hampir menangis, matanya berkaca-kaca menahan sebak dan dengan perlahan mengesel diri untuk menjauhi ayahnya “Ya..ayah,, lain kali ye ayah!” kata Sofia.

Namun, Sofia masih sempat mendekati ayah nya sambil menyentuh lembut tangan ayahnya dan meletak kan buku cerita ke pangkuan Halim. “Ayah, kalau ayah ada waktu, ayah bacakan kuat-kuat ya yah, supaya Sofia dapat mendengarnya”.

Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa waktu, 2 bulan telah berlalu namun permintaan kecil Sofia tidak pernah tertunai. Buku cerita gadis comel, belum pernah dibacakan lagi oleh dirinya. Hingga suatu petang, terdengar suatu dentuman dan hentak kan yang kuat kedengaran “Buukk!!” Beberapa jiran tetangga terdengar suara menjerit meminta tolong. Halim dan isterinya menjenguk di luar pintu. Suasana agak kelam kabut dan ada seorang yang lalu disitu memberitahu Halim, seorang lelaki mabuk membawa kereta laju dan melanggar seorang anak gadis kecil. Rupa-rupanya anak kecil itu adalah Sofia. Tubuh Sofia yang sekecil itu dilanggar dan tercampak beberapa meter tidak jauh dari rumah Halim. Dalam keaadan yang begitu panik, ambulan terus datang dengan cepat. Dalam perjalanan ke Hospital, suara sofia yang begitu sayup-sayup dan lemah longlai “Sofia takut ayah, Sofia takut mak, Sofia sayang kan ayah dan mak..” Darah segar terus keluar dari mulut Sofia hingga tidak terkira banyaknya dan nyawa Sofia rupanya tidak sampai ke Hospital. Dalam dekat sudah perjalanan untuk sampai ke hospital, Sofia kaku dan tidak sedar kan diri, ternyata Sofia telah di panggil Ilahi. Kejadian hari itu begitu mengoncang kan hati nurani Halim. Tidak ada waktu lagi kah walau sedikit pun untuk memenuhi sebuah janji..

Kini hanyalah sebuah penyesalan. Permintaan sang buah hati yang sangat sederhana pun tidak terpenuhi. Masih segae dalam ingatan Halim, tangan yang lembut anak nya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita. Kini, sentuhan itu terasa sangat bererti sekali, “...ayah bacakan kuat-kuat ya yah, supaya Sofia dapat mendengarnya” kata-kata Sofia terngiang-ngiang kembali.

Petang itu, setelah segalanya selesai berlalu, yang tersisa hanyalah keheningan dan kesunyian hati. Canda dan riang Sofia yang kecil tidak akan terdegar lagi. Halim mulai membuka buku cerita Sang Gadis Comel yang diambilnya perlahan dari longgok kan mainan Sofia di sudut ruang mainan nya. Buku yang sudah tidak baru lagi, sampulnya yang kian usang dan koyak. Beberapa coretan tak terbentuk menghiasi lembar-lembar halaman buku seperti sebuah kenangan indah dari sang Sofia.

Halim menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca ia membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara kuat. Nampak sekali dia berusaha membaca dengan kuat di iringi sedu sedan suaranya. Dia terus membaca dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata. “Sofia, dengar ayah baca ya nak” selang beberapa ayat, hatinya memohon dan berkata lagi “ayah mohon ampun nak” “Ayah sayang Sofia” Seakan setiap kata dalam bacaan nya itu begitu menguris kalbu dan lubuk hatinya. Tidak kuasa menahan, Halim terus sujud dan menangis.... Memohon satu kesempatan lagi untuk mencinta!!

Seseorang yang mengasihi selalu mengalihkan kesenangan dan membahagi kesedihan kita, Ia selalu memberi PERHATIAN Kepada kita, Kerana dia Peduli kepada kita. ADAKAH “PERHATIAN TERBAIK” ITU BEGITU MAHAL BAGI MEREKA? Sayangi lah mereka di kesempatan yang masih ada. Berilah sepenuh perhatian kepada nya.

Bukankah Kesempatan untuk memberi perhatian kepada orang-orang yang kita cintai itu sangat berharga ?

DO IT NOW

Berilah “PERHATIAN TERBAIK” bagi mereka yang kita cintai

LAKUKAN SEKARANG !! KERANA HANYA ADA SATU KESEMPATAN UNTUK MEMPERHATIKAN DENGAN HATI KITA.

(Jauh Kau Pergi Tinggal Kenangan)

Sambil Baca Cerita ni, Elok sertakan skali iringan dengan nyanyian

Saleem-JauhKau Pergi (Tinggal Kenangan)









Friday, November 13, 2009

TuneUp Utilities 2010



TuneUp Utilities 2010 - English Version



Pernah menggunakan Tune Up 2007, 2008, 2009? Jika pernah menggunakan semua versi tersebut, maka anda sudah ketahui kehebatan tune up kan? so, paling terbaru adalah tune up 2010. Disini saya selidik dari d60pc dan mengagumkan dari aspek penggunaan yang terbaru. Sesuai untuk di juga semua window dan paling berguna untuk anda yang menggunakan Window 7. Dan kali ini juga semua nya percuma. Kata pendeknya, siap sekali dengan keygen untuk mengaktifkan full version...



TuneUp Utilities 2010