Monday, June 21, 2010

Kenapa Arak Haram Di Sisi Islam


ALLAH SWT berfirman: "dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". " hai orang² yang beriman, sesungguhnya arak, permainnan judi, berhala-berhala, tenung(sihir), adalah perbuatan syaitan, maka jauhilah, mudah-mudahan kamu sekalian berbahagia". Surah Al Maidah:90

Diriwayatkan Nabi Nuh as ketika menanam pokok anggur, pohon itu tidak subur, maka datanglah iblis yang terkutuk berkata: "Hai utusan Allah, apabila engkau mengkehendaki pohon itu subur, maka izinkanlah saya menyembelih tujuh ekor binatang untuk dijadikan baja bagi pohon itu." Kata Nabi Nuh: "kerjakanlah." Maka Iblis menyembelih harimau, beruang, serigala, anjing, ayam jantan, harimau belang, dan musang. Setelah itu diperahkan daging binatang-binatang yg disembelihnya, dan dituangkan pada pangkal pohon anggur itu. Di saat itu juga pohon tersebut tumbuh subur dan berbuah tujuh jenis warna. Sebelum itu hanya sejenis saja yg berbuah . Oleh kerana itulah orang yg meminum arak menjadi garang seperti harimau, kuat seperti beruang, pemarah seperti harimau belang suka bercakap seperti serigala, suka gaduh seperti anjing, suka dendam seperti beruang, dan suka bersuara seperti ayam jantan. KITAB HAYATUL QULUB.

Abu Lais (ahli fekah) berkata: "jauhilah meminum khamar (arak) kerana di dalamnya terdapat 10 perbuatan yang tercela:
  1.  Apabila seseorang meminum arak, maka kedudukanya menjadi seperti orang gila dan akhirnya menjadi bahan ketawa dan dia tergolong orang yang tercela.
  2.  Hilang akal dan menebur-naburkan wang ringgit. 
  3. Menimbulkan pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain. 
  4. Menjadi penghalang seseorang itu mengingati Allah dan menghalang melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa dan lain-lain kebaikan. 
  5. Mendorong melakukan perbuatan zina dan juga berkemungkinan menceraikan isterinya tanpa sedar kerana mabuk. 
  6. Merupakan kunci semua kejahatan kerana orang yang meminum arak itu mudah melakukan perbuatan derhaka kepada Allah dan manusia. 
  7. Mengakiti para malaikat Hafadhoh kerana dia memasuka diri nya ke dalam golongan orang yang fasik. 
  8. Peminum arak wajib dirotan sebanyak 80 kali. Sekiranya terlepas di dunia maka dia akan dihukum rotan di akhirat kelak daripada neraka dengan disaksikan orang ramai dan ibu bapanya serta kawan-kawannya 
  9. Menyebabkan pintu-pintu langit tertutup dan semua doa, amal perbuatan baiknya turut tidak diterima selama 40 hari. 
  10. Membahayakan diri kerana dikhuatiri dicabut nyawanya dengan tidak membawa iman, aku berlindung pada allah atas perbuatan tersebut. Semua akibat seksaan ini adalah merupakan seksaan di dunia sahaja belum menghadapi menghadapi seksaan di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment