Friday, June 18, 2010

SAYA PERLUKAN SOKONGAN DAN KOMEN ANDA!



Salam buat semua teman-teman dan rakan-rakan di dunia alam maya ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat anda semua kerana sudi datang ke blog saya dan yang sudi menjenguk buat seketika tu, saya ucapkan terima kasih juga. Baik pada yang follow ataupun negara-negara lain yang singgah di blog saya ini, hanya ucapan terima kasih yang mampu saya ucapkan. Baiklah, kehadiran posting ni bukan untuk saya berpidato tetapi ingin mengatakan sesuatu, yang telah lama saya pendamkan di hati selama saya berblogging ni.



Saya harapan anda semua sudi memberi respon atau jawapan yang sesuai bagi memantapkan diri saya dalam dunia blog dan sharing ini. Jika lebih sesuai, saya ingin anda semua berkongsi bersama saya mengenai pendapat atau cadangan yang harus di lakukan bagi memajukan blog saya  dan diri saya untuk berblogging. Malah saya sudi menerima kritikan dan kata-kata yang wajar bagi memenuhi kehendak anda semua. Mungkin agak sukar bagi saya menerima nya selepas ini, tetapi saya akan cuba dan terus mencuba..


Baiklah, soalan soalan yang ingin saya ajukan pada anda adalah:



  1. Apa pendapat anda mengenai template blog saya? Perlu ditukar ke, tidak?
  2. Apa yang perlu dan tidak perlu di template/blog saya?
  3. Apa kah saya perlu menambah kan lagi label? sila nyatakan.
  4. Anda rasa, berat ke ringan blog saya ni?
  5. Apa kah anda rasa, sesuai ke segala yang saya postingkan untuk anda selama ini?
  6. Apakah segala isi postingan saya selama ini pernah membuat anda gembira atau hampa?
  7. Bahagian/posting mana yang anda suka pada blog saya?
  8. Anda rasa, dalam sehari, berapa posting yang perlu saya masukan?
  9. Dalam firasat anda, adakah saya ini hanya berblogging kosong?
  10. ***Komen Atau Kata-Kata Atau Ucapan Dari Anda****
Saya harap soalan tu semua tadi tidak terlalu memeningkan anda, jika anda rasa pening dengan salah satu soalan tersebut, sila abaikan. Yang penting sekali pada no 10, anda di haruskan mengomen/kata-kata atau ucapan... Jika anda ingin mengajukan soalan juga saya terima. Diharapkan dengan cara ini, saya dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan pada diri saya dan blog saya. Baiklah, kata terakhir saya, sokong dan Komen lah saya..... 

No comments:

Post a Comment