Friday, April 30, 2010

Anti Mosquito (Software Untuk Menghalau Nyamuk) Free


Pernahkah Anda merasa terganggu oleh nyamuk ketika anda sedang bermain komputer anda? Jika Ya, maka pasti yang anda lakukan iaitu menghalau nyamuk – nyamuk tersebut dengan cara memukul – mukul bahagian tubuh yang digigit ataupun memasang alat pengusir nyamuk elektrik / bakar. Namun bagi saya hal itu terlalu melelahkan dan rumit (apalagi pakai ubat nyamuk bakar). Lalu, ada cara lain ke yang lebih mudah dan cepat untuk mengusir nyamuk – nyamuk tersebut?




Jawabannya: YA, malam minggu lepas, secara tidak sengaja saya menemukan software freeware yang namanya “Anti Mosquito”. Pada deskripsinya, hanya dijelaskan bahawa software ini dapat menghalau nyamuk yang menggangu ketika anda sedang “berkomputer”. Pada mulanya saya fikirkan software ini hanyalah gurauan dan tidak serius. Apatah lagi jika dilihat dari ukurannya yang sangat kecil, 252 KB. Namun nekad dan perasaan saya yang ingin mengetahui, saya pun cuba untuk download.


Setelah download complete secepat kilat, terus saya mencuba, kebetulan pada waktu tu, malam... heheh.. Hasilnya setelah 4 jam (08.00 – 12.00) tidak ada satu pun nyamuk yang menyentuh kulit saya. Memang berkesan, tapi saya hanya cuba sekali belum terbukti keberkesanannya. Pada keesokannya pula dan seterusnya sampai lah tulisan ini ditulis, nyamuk tidak pernah nampak lagi disekitar saya. Wah, bererti software ini tak bohong lah! Kerana ada penjelasan kukuh yang terdapat pada software ini:


Program ini mengeluarkan suara pada frekuensi 16000Hz sehingga 20000Hz yang melebihi frekuensi suara yang dapat didengarkan oleh manusia. Namun haiwan peliharaan dan haiwan lainnya yang dapat mendengarkannya. Suara tersebut menghasilkan efek yang tidak disenangi oleh nyamuk dan hama lain yang membuat mereka tak terkawal ketika terbang.

Kira macam tu lah maksudnya ^_^  bagi saya keuntungannya adalah…



* Cepat dan mudah. (hanya double klik sudah terus on, kalau nak di praktik kan, boleh pilih Run on Startup).
* Jimat Elektrik. (elektrik cuma guna Pc anda dan software ni je). 
* Nyamuk–nyamuk pun dah hilang. (maka tak ade bengkak, gatal, miang lagi hehehe.. ^^).
* Tertarik dan ingin ,mencuba? Sila lah di Download dan buktikan hasilnya.

Anti Mosquito

No comments:

Post a Comment