Friday, May 21, 2010

Trik Melajukan Browser Google Chrome Anda



Assalamualaikum teman-teman semua, semalam ketika saya menjelajah alam maya cyber bersama encik Google, saya merasakan perjalanan saya bersama nya agak lambat. Dalam fikiran saya pada masa tu, mungkin semua ni bandwith punya pasal. Tetapi saya malas nak menyalahkan semua tu, saya cuba membuat CCleaner dan UNIBLUE. Tak cukup dengan semua tu, saya guna juga Tune Up 2010 dan defrag isi hardisk. Semua tu berjalan lancar. Alhamdulillah, semua nya baik seperti sediakala. Jadi, saya nak berpesan kepada teman-teman semua, lakukan lah sendiri defragment dan kalau boleh tu, sediakan tool atau software utilities yang bersesuaian dalam pc anda. Kerana Pc anda perlukan rawatan setelah lama di gunakan.

Perjalanan saya bersama encik Google tak berakhir begitu sahaja, saya dan Mr. Google kita ni telah mencipta 1 lagi kelajuan perjalanan dalam melayari internet. Terus terang saya katakan, saya sekarang memang suka menggunakan Google Chrome untuk browsing kerana Google Chrome ni mempunyai kelajuan dalam load sesuatu page dan merupakan browser yang paling ringan dan paling laju. Baik lah, saya nak kongsi lagi triks melajukan lagi encik Google Chrome kita ni. Mari kita laku kan 2 langkah yang akan saya ajarkan ini.


Langkah Pertama :


1. Sila pergi ke desktop pc anda dan pilih icon Google Chrome


2. Right click pada icon Google Chome dan pilih Properties


3. Sila Perhati pada Target. Sila tambah atau taip di hujung exe dengan 1 kali tab :-
      -disable-metrics-reporting


4. Klik Apply dan Ok. Selesai langkah 1.


Langkah 2 :


5. Sila Buka Google Chrome anda dan klik pada lambang spanar pada sebelah hujung kanan, di hujung toolbar atas. Perhatikan gambar di bawah :


6. Kemudian, Sila pilih Options


7. Paparan Google Chrome Option akan terbuka dan pilih pada tab Under the Hood. Sila perhatikan gambar di bawah, Untick atau kosongkan pada kotak no 1, no 2 dan no 3. Kemudian pada no 4, sila klik 'Change Proxy Settings'.


8. Akan keluar 1 lagi paparan iaitu Internet Properties. Sila klik LAN Settings.


9. Paparan Local Area Network (LAN) Settings. Perhati gambar di bawah. Sila Untick atau kosongkan kotak pada no 1 dan no 2. Setelah itu, Klik Ok, Ok dan Close.


10. Selesai. Cuba tutup browser Google Chrome anda dan buka semula untuk melayari internet.


Mudah bukan? Sekarang anda akan merasa perbezaan pada sebelum nya dan setelah melakukan setting. Jika ada masalah, boleh lah anda menanyakan pada saya mengenai trik yang telah saya kongsikan bersama anda semua. Sekian...

No comments:

Post a Comment