Monday, May 17, 2010

Terima 1st Award Dari Pak cik Im

Web Award | Golden Web Awards
Salam Semua blogger dan teman-teman yang sedang membaca artikel ini. Pertama sekali dengan nafas yang masih ada, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada anda semua kerana sudi melawat dan mencari artikel di dalam blog saya. Walaupun blog saya ini masih tidak seberapa dan masih lagi pada tahap permulaan.

Tengahari tadi saya online dan membuka blog saya... alang kah terkejut nya saya apabila di ShoutMix Chat saya tertulis nama pakcik im "Thanks For being My Follower. Take Your New Designed Award Here" dengan sudi memberi award pada saya ... Sungguh terharu hati saya melihat keakrabaan teman-teman bloger kita di Malaysia. :love:


Ini lah Award yang pertama sekali yang saya terima dari rakan-rakan blogger Malaysia kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada pakcik im kerana dengan keihlasan beliau menjadi follower dan memberi Award pada saya. Tidak mampu saya ucapkan banyak-banyak terima kasih pada beliau kerana sudi menjadi teman dalam menjadi dunia cyber ini tempat penyampai maklumat dan informasi yang terkini.


Di dalam blog pakcik im ni, pelbagai sumber informasi dapat kita kongsi kan bersama. Pakcik im juga banyak menerapkan artikel-artikel dari pelbagai aspek seperti lukisan,tip dan triks, rahsia, motivasi, icon, artikel lucu, tip dan trik bloger serta macam-macam ada... hehehe... Bak kata pakcik im sendiri, 1001 Rahsia dalam blog dia. Jika anda berkesempatan, sudi-sudikan diri anda melawat blog pakcik im yang ramah mengunjungi rakan-rakan blogger di malaysia. Sekali lagi saya mengucap sekalung terima kasih yang tidak terhingga pada Pakcik Im.

Tidak lupa juga pada teman blogger saya yang lain, terima kasih pada sokongan anda semua dalam membantu saya menaikkan lagi ranking blog saya. Saya akan sentiasa memberi informasi sharing yang terbaik untuk anda semua. Insyaallah, suatu hari nanti, saya akan mencipta juga 1 Award untuk teman-teman blogger kita di malaysia. Hidup 1 Malaysia. Pada Ayie, rakan blogger yang banyak membantu dalam trafik blog saya, saya sangat menghargai jasa anda. Terima kasih buat semua ya, tak kira Blogger, rakan Facebook, Orang kampung, teman sekerja, keluarga, rakan follower, rakan yang mengenali dan tidak mengenali diri ini serta sesiapa yang pernah singgah di blog saya... Sekian, dari saya... TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA..... Wasalamm..

Sila scroll ke bawah untuk melihat Award dari Pakcik Im.

No comments:

Post a Comment