Saturday, May 15, 2010

RocketDock 1.3.5

RocketDock merupakan sebuah program untuk shortcuts aplikasi. Jika anda seperti saya, yang simple dan minimalistic, tentunya anda tidak mahu desktop anda dipenuhi dengan pelbagai shortcut yang tidak terurus. Jika dibiarkan, desktop anda akan kelihatan berterabur dan tidak menarik. Bagaimana jika semua shortcut di desktop anda diletakkan didalam satu dock melintang atau menegak? Menarik bukan? Bagi pengguna komputer Apple, dock ini telah tersedia bersama dengan Mac OS mereka. Namun, pengguna PC yang menggunakan Windows sebagai sistem pengoperasian perlu memasang RocketDock untuk merasai kehebatan dock ini. Kini Window 7 pun boleh merasai RocketDock ini.


Sekarang, RocketDock memiliki kemampuan yang menjalankan taskbar windows yang kita kecilkan untuk dapat muncul sebagai ikon pada dock. Maka, dengan ini anda dapat menambah produktiviti dan memudahkan akses sesuatu aplikasi yang anda inginkan.


Beberapa filture RocketDock antara lain adalah:
  • Meminimakan/mengecilkan windows ke dock
  • Preview windows secara real-time
  • Indikator yang menunjukan aplikasi-aplikasi yang sedang dijalankan
  • Antaramuka yang sederhana, hanya dengan drag-n-drop saja
  • Dapat menggunakan lebih dari 1 monitor
  • Sesuai dengan file PNG yang alpha-blended dan ikon-ikon ICO
  • Zoom ikon-ikon dan transisi yang halus
  • Auto-hide dan Popup pada saat mouse diarahkan
  • Options untuk setting posisi dan layering
Selain filture yang telah saya sebutkan di atas, masih banyak lagi filture lainnya.
RocketDock dapat digunakan dengan baik pada komputer-komputer yang agak terasa lambat. Selain itu, RocketDock tersedia dalam banyak bahasa, yang dapat diterjemahkan dengan mudah. Perkara yang menarik pada RocketDock adalah, software ini bercirikan freeware. Untuk info lengkap dan untuk mendownload software ini, anda dapat mengunjungi laman web rasmi nya di RocketDock.com.

Untuk menambah icon atau skin sesuai dengan yang anda inginkan, anda dapat mendownload di devianart.com.

Di bawah ini saya memberi beberapa contoh icon atau skin Rocketdock yang terdapat di devianart.com:
 



Kepada anda yang berminat, sila Download RocketDock v1.3.5 di bawah ini.



 RocketDock 1.3.5
 

No comments:

Post a Comment