Thursday, May 6, 2010

Cerita Pasal Line Internet aku Kena Sedut..

Salam teman semua, ni aku nak cerita sikit terjadi hari ni. Hari ni tadi, sedar tak sedar aku punya broadband celcom dah mencecah limit 5Gb. So aku pun telefon ler celcom suruh dia tambah limit aku sampai 6Gb. Maksudnya, aku cuma tambah 1Gb je tu. Kalau nak ikutkan dari limit yg celcom bagi hanya 5Gb tapi aku dah kehabisan 5gb. Jadi, jika limit 5gb telah habis, maka penurunan data internet ke pc kita semakin slow. Boleh kata jadi GPRS/EDGE punya line. Setelah aku setuju dengan menelefon celcom untuk menambah kan 1gb tersebut, aku di info kan oleh perunding khidmat celcom tu mengenai pembayaran 1gb hanya Rm5.00. Aku tak kisah sebab aku ni dah jadi blogging, mungkin banyak lagi software yang bersaiz Megabite(MB) besar akan aku posting dan memerlukan akses yang laju untuk download dan upload. Nak menunggu reset limit dari celcom mengenai 5Gb tu terpaksa menunggu setiap 13hb. Masa tarikh 13hb tu, pihak celcom akan reset kita punya limit jadi 0 balik. So, setelah di faham kan mengenai semua hal tu dari pihak celcom, aku di suruh shutdown pc aku selama 10 minit. Setelah 10 minit, baru lah kita on balik pc dan kemampuan atau kelajuan akses internet kita akan jadi laju seperti biasa balik.

Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita kan, tapi disebab kan hati yang panas membara, aku bagi info untuk teman-teman supaya teman selepas ni boleh tahu cara menambah limit jika dah mencecah 5GB. Tu pun kalau ada message yang celcom bagi kat broadband kita tu. Ok lah, aku nak mulakan cerita ni....

Tak silap aku, dalam pukul 3 petang bertarikh 6/5/2010. Aku telah mati akal kerana mendapati broadband celcom aku tak berjaya menyambung conection. Kalau berjaya sekali pun hanya sekadar 5 minit. Teman cuba bayangkan, dari pukul 3 petang aku cuba mengatasi masalah ini tapi tak berjaya. Aku apa lagi, dah naik fedup giler lah.. aku shutdown pc aku, aku tengok astro, aku main ps2, pastu aku pergi keluar berjalan-jalan. Dalam pukul 9 malam puler aku cuba sekali lagi on pc aku dan try balik conection broadband.. Keadaan yang masih sama. Connection aku failed dan kerap kali kena "Retry", ada masa nye dapat menyambung tetapi sambungan hanya sekadar 5 minit. Hati aku dah mula sakit dah tu.. Aku buat lah macam-macam cara dalam pc aku tu, aku buat ccleaner, tune-up,defrag, repair windows, cek IP port, tweak yang itu dan yang ini serta scan antivirus... tetapi jawapan nye tetap hampeh... aku GAGAL membuat connection malam ni, padahal bar line ada 4 untuk 3G... Ah, hati aku dah mula membuak-buak marah, rasa nak telefon celcom careline tu balik tapi aku rasa serba salah sebab yang aku tahu, celcom ni tak pernah menipu aku selama ni.

Lastly, entah kenapa tiba-tiba jer time aku duk tengok aku punyer rate tak stabil, seperti ada benda menarik atau menyedut line internet aku. So, di situ aku terfikir sekejap, aku teringat satu artikel di laman web indonesia dulu, dia mencerita kan line internet dia kejap hilang kejap ada. Aku pun berfikiran sama dah masa tu, memang masalah yang sama berlaku kat aku. Aku try balik conection broadband aku dan dalam kesempatan yang ada iaitu 5 minit jer, aku download Anti Netcut 2. Memang tak di sangka dalam beberapa minit yang ada tu, aku berjaya mendownload Anti Netcut 2 yang bersaiz 2.14MB. Setelah aku abis download, conection pun macam cilaQak ler, dia memandai terputus sendiri, tapi nasib baik sempat abis aku download software tu tadi. Nak di jadi kan penghabisan cerita, selesai je aku install Anti Netcut 2 tu, aku pun restart balik pc dan membuat sambungan conection broadband. Erm... sambungan dah mula berjaya dan aku buat research balik dengan membiar sambungan aku tu selama 10 minit, nampak nye memang dah tak putus lagi lah, sampai ler aku habis taip posting ni. hehehe... Maka terjawab lah persoalan yang melanda aku. Rupa-rupanye, ada hamba Allah yang berdekatan di area aku ni yang menggunakan Netcut untuk kepentingan sendiri. Netcut ni untuk mencuri atau menyedut line kita, manakala Anti Netcut ni untuk menjaga atau menahan dari terjadinya pengambilan akses sambungan internet oleh si pengguna Netcut. Apa-apa pun, kedua-dua software ni akan aku postingkan lepas ni. Siapa yang pernah terjadi seperti aku ni, harap bersabar le yer... Sebab dunia dan kemampuan manusia semakin moden.. Sama-sama kita berkongsi pandangan..

No comments:

Post a Comment