Saturday, May 29, 2010

Jaringan Sosial Baru Millatfacebook cabar Facebook

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

Milltafacebook merupakan cabaran dari warga negara Pakistan kepada facebook. Jaringan sosial ini adalah bertujuan melawan tingkah laman facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook kerana terdapat satu halaman menghina Islam, "Everyone Draw Mohammed Day" (Hari Lakar Muhammad).



Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. MFB telah membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan dan telah menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad. Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB. Bagaimanapun, hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat serta negara asia termasuklah Malaysia.

Kepada yang berminat, sila lah sign up/register di www.millatfacebook.com. Sistematik nya tidak jauh beza dari Facebook. Saya sudah register Millatfacebook, jadi anda yang beragama islam, bila lagi nak join Millatfacebook, renung-renungkan lah wahai teman-temanku. Kepada yang non-muslim di Malaysia, jangan risau. Negara Malaysia kita dapat membeza mana buruk dan mana baik. Anda pun boleh mendaftar di Millatfacebook. Di malaysia kita tiada halangan untuk semua itu. Gunakan jaringan sosial ini bagi merapatkan lagi silaturahim antara semua kaum di Malaysia dan jangan di salah guna untuk membuat keburukan. Laungan 1 Malaysia tetap bergema di negara Malaysia. 

Sila Lawati : www.millatfacebook.com

No comments:

Post a Comment