Saturday, March 13, 2010

KETAHUI APA ITU VIRUS,WORMS,TROJAN,DAN SPYWARE

VIRUS
Virus sebenarnya sebuah program komputer yang dibuat untuk merosak atau membuat sistem komputer tidak berjalan dengan sewajarnya. Virus dapat masuk ke komputer tanpa pengetahuan si pengguna komputer dan kemudian menginfiltrasi ke aplikasi yang ada di komputer tersebut. Kemudian virus ini dapat menduplikasi kan dirinya dan akhirnya merosak sistem komputer tersebut sesuai apa yang diprogramkan. Jenis virus komputer memang banyak sekali serta bermacam-macam cara virus diprogramkan untuk merosak sistem dari dalam sesebuah komputer. Maka, untuk menjaga komputer dalam keadaan yang selamat, seharusnya kita mestilah menggunakan program anti-virus yang selalu up to date.

WORMS
Worms ini sebenarnya mirip seperti virus tetapi berbeza caranya, berbeza untuk menginfiltrasi komputer. Worms seperti virus dapat juga menduplikasi kan dirinya sendiri tetapi worms tidak menginfiltrasi melalui aplikasi yang ada di komputer. Ancaman dari worms sebahagian besar diprogramkan merosak komputer yang terhubung ke jaringan atau network sehingga menyebabkan komputer tersebut mengalami overload bandwidth. Tetapi worms juga dapat menyebabkan hilangnya data file, mengenkripsi file atau file email di komputer yang sudah terinfiltrasi worms. Contoh worms yang terkenal belakangan ini ialah Net-worm.win32.kido.

TROJAN HORSE

Dari namanya pun mungkin anda pernah dengar nama ini, nama Trojan horse berasal dari sejarah Zaman Yunani. dimana pada saat zaman perang di Yunani, suatu kelompok tentera sembunyi di dalam patung kuda kayu. Musuh dari tentera ini beranggapan bahawa patung kuda kayu ini adalah sebuah hadiah, jadi mereka membawa patung kuda ini masuk ke dalam kota mereka yang terlindung oleh tembok-tembok tinggi. Dan akhirnya pada waktu malam, tentera yang bersembunyi didalam patung dengan berleluasa menginfiltrasi kota tersebut. Ancaman Trojan horse pada komputer mirip dengan sejarah Yunani tersebut. Biasanya Trojan horse dapat menginfiltrasi komputer si pengguna bila pengguna komputer menerima apa yang ditawarkan, seperti contoh suatu utiliti yang di tawarkan di internet misalan nya suatu utiliti percuma untuk menghapus virus atau besar kemungkinan ianya juga suatu spyware. Trojan horse tidak selalu membawa efek langsung yang merosak komputer anda, ada juga Trojan yang membuka pintu belakang atau lubang rentan pada komputer sehingga hacker dapat masuk ke sistem komputer kemudian merosaknya atau mengambil data-data peribadi anda. Aplikasi firewall yang baik dapat mencegah sebahagian besar Trojan horse ini, dan tentu saja, selalu lah up to date anti-virus anda.

SPYWARE

Spyware bekerja dengan menginfiltrasi sistem komputer anda tetapi tujuannya tidak seperti virus ataupun worm. Tujuan spyware ialah untuk mengendalikan sebahagian kontrol sistem komputer anda atau mengumpulkan data-data peribadi tanpa pengetahuan anda. Biasanya spyware dapat menginfiltrasi komputer jika anda mendownload atau install aplikasi yang kurang di sah kan pengunaan nya kerana mengandungi spyware di internet. Makanya, kalau download sesuatu aplikasi dari mana-mana link, harus lah lebih berhati-hati dan cermat.

No comments:

Post a Comment