Thursday, July 1, 2010

Dexpot

Dexpot

Jika anda ingin membuat tampilan multiple desktop di komputer anda yang masih berbasickan windows, maka anda tidak perlu risau kerana ada software yang dapat membantu anda membuat virtual desktop di windows, iaitu Dexpot.

Dexpot adalah software yang boleh anda gunakan untuk membuat virtual desktop di komputer yang berbasickan windows hingga 20 virtual desktop sekaligus. Dexpot akan membahagi layar monitor anda sesuai dengan jumlah desktop yang anda inginkan. Dengan virtual desktop anda boleh membuat kerja yang banyak sekaligus dalam 1 komputer.

Setelah di install dan anda jalankan, maka anda akan mendapati sebuah icon kecil di sistem tray anda. Setelah anda double klik icon tersebut, maka desktop anda akan terbahagi menjadi beberapa bahagian. Anda boleh mengaturnya sehingga menjadi 20 bahagian. Selain membahagi jumlah virtual desktop, anda juga dapat mengatur properties seperti nama, resolusi, wallpaper, screensaver dan anda boleh mengaturnya sesuai dengan keinginan anda sendiri.

Dexpot ini merupakan software freeware yang hanya berukuran kurang dari 3.8 MB sahaja dan dapat anda gunakan di windows 2000, XP, 2003, vista bahkan windows 7.

Dexpot

No comments:

Post a Comment