Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Team Viewer Manager 5.0.827 Full Version

Team Viewer - Remote Komputer Dari Jarak Jauh

TeamViewer adalah suatu program yang cukup sederhana dan sangat mudah digunakan untuk beberapa keperluan terutamanya ketika melakukan akses PC secara remote melalui internet. software tersebut merupakan salah satu aplikasi Remote Dekstop. Bagi anda yang belum tahu apa itu remote dekstop, di sini saya akan cuba jelaskan.
Remote Desktop adalah istilah yang menggambarkan di mana sebuah komputer yang satu, boleh dikendalikan oleh komputer yang lainnya dengan menggunakan media jaringan komputer seperti Internet.

Kegunaan

Baiklah, kembali kepada program yang sedang kita bincangkan. Jadi dengan menggunakan program ini, kita dapat mengakses komputer yang berada jauh di sana. Contohnya, ketika sedang bertugas keluar negara. Namun kita hanya membawa laptop sahaja, dan file-file penting yang diperlukan ada di dalam komputer desktop di rumah, bagaimana cara mengambilnya??? Disinilah letak kegunaan program ini. Setelah menginstall program TeamViewer ini, maka secara automatik kita masih dapat saling berhubung dengan komputer yang ada jauh disana. Selain melakukan remote, kita juga dapat mengambil file-file yang ada dari dalam komputer desktop tersebut ke dalam laptop tadi. Tetapi apa yang penting adalah, dua komputer tadi haruslah sama-sama terhubung ke Internet.

Dengan menggunakan program ini, kita juga boleh membuat presentation secara jarak jauh. Program ini akan menggambarkan keadaan komputer kita, dan perusahaan tersebut boleh melihat apa yang kita lakukan pada komputer mereka. Ini merupakan hal yang sangat bermanfaat. Apatah lagi ditambah dengan ciri goresan pena ataupun highlight stabilo di layar monitor ataupun menambahkan keterangan gambar yang ada pada layar monitor sehingga user yang satu lagi dapat dapat melihat dengan lebih detail dengan penjelasan yang dipresentation kan. Bukan hanya itu, kita pun juga dapat menambahkan suara (VOIP) dan netmeeting menggunakan webcam pada presentation.

 Mengoperasikan Program

Berikut adalah langkah-langkah penggunaan program ini.

Langkah 1

Pastikan kedua-dua komputer yang saling terhubung sudah di install program ini.

Langkah 2

Buka program tersebut, di sini anda akan melihatlihat dua bahagian. Pada bahagian “Wait for session” dibawahnya terdapat ID dan Password. Jika anda belum melihat nombor ID dan password tersebut, itu tandanya program sedang menguji connection dan menentukan ID komputer anda dan juga password untuk komputer anda agar dapat diremote oleh komputer lainnya. Jika sudah keluar tampilan nombor, maka itu adalah “identiti” anda. Pada bahagian kanan yang bertulis “Create Session“, kotak tersebut diisikan untuk connection ke komputer Remote. Lakukanlah cara yang sama pada komputer yang lainnya. Okey, disini anda tentukan mana komputer yang digunakan sebagai remote dan mana yang difungsikan sebagai remoter. Remoter maksudnya komputer yang digunakan untuk mengendalikan komputer remote.

Langkah 3

Sekarang masukkan ID komputer remote pada bahagian “Create Session“. Saya mengekziumkan anda telah mengetahui ID dan Password dari komputer remote anda. Lalu pada bahagian bawah, tentukan 4 options yang ada. Apakah Remote support, Presentation, File transfer, atau VPN. Dan seterusnya klik pada Connect to Partner.

Langkah 4

Masukkan password komputer remote kita.

Langkah 5

Anda siap untuk menggunakannya. Peace ….hehehhe...

Filture-filture

Program ini memiliki 4 filture utama yang dapat kita gunakan untuk keperluan remote komputer. Berikut adalah penjelasannya.

Remote support

Filture ini dapat digunakan untuk menggunakan komputer yang dituju secara remote. Ini kebiasaan nya untuk penggunaan komputer secara jarak jauh. Mungkin lebih sesuai untuk mengedit Video kita, membaca dokumen, membuat dokumen, browsing, chatting, dan segala yang dapat kita lakukan ketika kita menggunakan komputer. Namun bezanya adalah, kita tidak berada di depan komputer tersebut.


Presentation

Filture ini pula kebiasaanya untuk presentation dari jarak jauh. Apa-apa yang kita lakukan pada komputer kita, maka orang yang terhubung dengan kita dapat melihat apa yang kita lakukan.


File transfer

Anda pernah mencuba menggunakan program FTP? Kira-kira seperti itulah kegunaan filture ini. Kita boleh men-copy dari komputer kita ke komputer remote kita ataupun sebaliknya. Bezanya dengan FTP adalah, filture ini mengakses komputer yang ada nun jauh disana, sedangkan FTP pada umumnya hanya mengakses server untuk keperluan hosting.


VPN

Sesuai namanya, VPN (Virtual Private Network) iaitu suatu istilah yang ada dalam dunia jaringan komputer yang merupakan jalur peribadi yang saling terhubung antara komputer. Namun, walau bernama jalur peribadi, tetapi tetap menggunakan media jaringan komputer yang umum seperti Internet.

Saya harap penjelasan tersebut dapat sedikit anda fahami kegunaan Team Viewer. Dan di sini juga, saya telah menyediakan link download Team Viewer Manager 5.0.827 yang full version. Di harapkan software ini anda guna kan sebaik mungkin untuk membantu rakan-rakan yang lain yang jauh dari tempat anda.

Team Viewer Manager 5.0.827

Nota Neoz: Sumber dikutip dari pelbagai sumber

Monday, June 21, 2010

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, Ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu Ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Neoz: Dikutip dari pelbagai sumber untuk renungan bersama.

Friday, June 18, 2010

SAYA PERLUKAN SOKONGAN DAN KOMEN ANDA!



Salam buat semua teman-teman dan rakan-rakan di dunia alam maya ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat anda semua kerana sudi datang ke blog saya dan yang sudi menjenguk buat seketika tu, saya ucapkan terima kasih juga. Baik pada yang follow ataupun negara-negara lain yang singgah di blog saya ini, hanya ucapan terima kasih yang mampu saya ucapkan. Baiklah, kehadiran posting ni bukan untuk saya berpidato tetapi ingin mengatakan sesuatu, yang telah lama saya pendamkan di hati selama saya berblogging ni.



Saya harapan anda semua sudi memberi respon atau jawapan yang sesuai bagi memantapkan diri saya dalam dunia blog dan sharing ini. Jika lebih sesuai, saya ingin anda semua berkongsi bersama saya mengenai pendapat atau cadangan yang harus di lakukan bagi memajukan blog saya  dan diri saya untuk berblogging. Malah saya sudi menerima kritikan dan kata-kata yang wajar bagi memenuhi kehendak anda semua. Mungkin agak sukar bagi saya menerima nya selepas ini, tetapi saya akan cuba dan terus mencuba..


Baiklah, soalan soalan yang ingin saya ajukan pada anda adalah:



  1. Apa pendapat anda mengenai template blog saya? Perlu ditukar ke, tidak?
  2. Apa yang perlu dan tidak perlu di template/blog saya?
  3. Apa kah saya perlu menambah kan lagi label? sila nyatakan.
  4. Anda rasa, berat ke ringan blog saya ni?
  5. Apa kah anda rasa, sesuai ke segala yang saya postingkan untuk anda selama ini?
  6. Apakah segala isi postingan saya selama ini pernah membuat anda gembira atau hampa?
  7. Bahagian/posting mana yang anda suka pada blog saya?
  8. Anda rasa, dalam sehari, berapa posting yang perlu saya masukan?
  9. Dalam firasat anda, adakah saya ini hanya berblogging kosong?
  10. ***Komen Atau Kata-Kata Atau Ucapan Dari Anda****
Saya harap soalan tu semua tadi tidak terlalu memeningkan anda, jika anda rasa pening dengan salah satu soalan tersebut, sila abaikan. Yang penting sekali pada no 10, anda di haruskan mengomen/kata-kata atau ucapan... Jika anda ingin mengajukan soalan juga saya terima. Diharapkan dengan cara ini, saya dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan pada diri saya dan blog saya. Baiklah, kata terakhir saya, sokong dan Komen lah saya..... 

Tuesday, June 1, 2010

A-Y-I-E Jelajah Blog Neoz



Assalamualaikum... Kali ni nak tengok member blogger aktif kita ni, iaitu A-Y-I-E jelajah blog saya.. Well, seperti syarat-syarat yang A-Y-I-E tetap kan di dalam blog nya, saya akan menuruti segala apa yang telah dia maklumkan itu. Gua tunggu kedatangan mu AYIEEEeeee...... kekekek...





syarat-syaratnya ialah


1)Copy header BLOG A-Y-I-E


2)Buat satu entri yang bertajuk Jelajah Blog A-Y-I-E Versi 2.0.
Didalam entri tersebut, sila nyatakan sebab-sebab mengapa saya perlu jelajah blog anda.
Selain itu, anda dikehendaki nyatakan entri blog anda yang terbaik.Sila pilih satu sahaja entri didalam blog anda untuk dikongsikan bersama-sama kami.

Sebab-sebab A-Y-I-E perlu jelajah blog ni....





Pertama


Ini adalah cabaran pertama yang perlu di sahut dan ingin mendengar apa komen A-Y-I-E mengenai blog sharing yang saya buat ni. Nak dengar saranan dan kritikan yang akan A-Y-I-E luahkan pula lepas ni. Nak dengar juga kritikan panas A-Y-I-E lepas ni. Adakah beliau sama membebel seperti Ben? Atau A-Y-I-E memuji seperti lelaki memuji keindahan dan kecantikan paras rupa wanita yang di idamkan nya.... kekek... sama-sama kita tunggu...
A-Y-I-E nak kutuk pas ni, saya terima dengan seada nyer laaa... apa salah nya terima pandangan orang dan pendapat seseorang. Kalau A-Y-I-E suka blog ni, A-Y-I-E akan dapat software yang paling ganas yang x akan saya masukan dalam blog ni.... kekekek....






Kedua

Neoz nak bagitau A-Y-I-E mengenai Sharing software di blog dalam bahasa melayu di negara kita agak kurang. Ada memang ada, tapi agak berkurangan lah..  Kebanyakan blogger sharing dalam bahasa english untuk publish software di dalam blog mereka. Jadi, saya guna kan peluang ni untuk membuat blog sharing software dalam bahasa melayu. Hak saya sebagai warganegara Malaysia, saya akan terus sharing dalam Bahasa Melayu untuk kesenangan orang-orang baru dalam dunia cyber ni. Cuba bayangkan seseorang yang masih mentah lagi untuk mempelajari apa itu komputer dan masih jahil lagi dalam bahasa english, dan mereka membuka pula hamparan halaman bahasa english, sepatah kata pun mereka tak akan paham, jadi di disini lah wujud nya blog saya dalam bahasa melayu untuk sharing software. Apa macam A-Y-I-E, ok tak ulasan saya ni...? Setuju ke  tak setuju A-Y-I-E? hehe..

Ketiga
Sebab yang paling last ni adalah untuk mengeratkan lagi talian silaturahim antara kita 1 Malaysia ni. Menambah ramai rakan blogger di Malaysia. Tapi kalau boleh tu, nak juga negara luar mengenali blog ni... heheh....


Apa -apa pun, di persilakan A-Y-I-E datang ke blog ni dan mengomen nya... hahah. Kalau rasa orang lain nak tolong A-Y-I-E komen sama pasal blog ni, di persila kan.... Saya tak kesah, semua tu saya anggap sebagai 1 pengetahuan dan teguran untuk membina. Kalau nak puji tu, lagi lah saya bersyukur Alhamdulillah... kekeke...



Entri Terbaik Saya :

Untuk penghabisan bagi sesi permintaan syarat-syarat A-Y-I-E ni adalah, entri terbaik dalam blog saya. Jadi secara keseluruhan nya, setelah saya menyemak segala isi posting saya yang lepas, so ini lah entri terbaik lagi menarik:







Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

Milltafacebook merupakan cabaran dari warga negara Pakistan kepada facebook. Jaringan sosial ini adalah bertujuan melawan tingkah laman facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook kerana terdapat satu halaman menghina Islam, "Everyone Draw Mohammed Day" (Hari Lakar Muhammad)..... (Klik sini untuk membaca selanjutnya)

Okey lah, itu lah saja yang saya dapat kongsi pada A-Y-I-E. Cepat-cepat lah jelajah dan komen blog ni A-Y-I-E.... heheheh....

Saturday, May 29, 2010

Jaringan Sosial Baru Millatfacebook cabar Facebook

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

Milltafacebook merupakan cabaran dari warga negara Pakistan kepada facebook. Jaringan sosial ini adalah bertujuan melawan tingkah laman facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook kerana terdapat satu halaman menghina Islam, "Everyone Draw Mohammed Day" (Hari Lakar Muhammad).



Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. MFB telah membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan dan telah menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad. Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB. Bagaimanapun, hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat serta negara asia termasuklah Malaysia.

Kepada yang berminat, sila lah sign up/register di www.millatfacebook.com. Sistematik nya tidak jauh beza dari Facebook. Saya sudah register Millatfacebook, jadi anda yang beragama islam, bila lagi nak join Millatfacebook, renung-renungkan lah wahai teman-temanku. Kepada yang non-muslim di Malaysia, jangan risau. Negara Malaysia kita dapat membeza mana buruk dan mana baik. Anda pun boleh mendaftar di Millatfacebook. Di malaysia kita tiada halangan untuk semua itu. Gunakan jaringan sosial ini bagi merapatkan lagi silaturahim antara semua kaum di Malaysia dan jangan di salah guna untuk membuat keburukan. Laungan 1 Malaysia tetap bergema di negara Malaysia. 

Sila Lawati : www.millatfacebook.com

Friday, May 21, 2010

Trik Melajukan Browser Google Chrome Anda



Assalamualaikum teman-teman semua, semalam ketika saya menjelajah alam maya cyber bersama encik Google, saya merasakan perjalanan saya bersama nya agak lambat. Dalam fikiran saya pada masa tu, mungkin semua ni bandwith punya pasal. Tetapi saya malas nak menyalahkan semua tu, saya cuba membuat CCleaner dan UNIBLUE. Tak cukup dengan semua tu, saya guna juga Tune Up 2010 dan defrag isi hardisk. Semua tu berjalan lancar. Alhamdulillah, semua nya baik seperti sediakala. Jadi, saya nak berpesan kepada teman-teman semua, lakukan lah sendiri defragment dan kalau boleh tu, sediakan tool atau software utilities yang bersesuaian dalam pc anda. Kerana Pc anda perlukan rawatan setelah lama di gunakan.

Perjalanan saya bersama encik Google tak berakhir begitu sahaja, saya dan Mr. Google kita ni telah mencipta 1 lagi kelajuan perjalanan dalam melayari internet. Terus terang saya katakan, saya sekarang memang suka menggunakan Google Chrome untuk browsing kerana Google Chrome ni mempunyai kelajuan dalam load sesuatu page dan merupakan browser yang paling ringan dan paling laju. Baik lah, saya nak kongsi lagi triks melajukan lagi encik Google Chrome kita ni. Mari kita laku kan 2 langkah yang akan saya ajarkan ini.


Langkah Pertama :


1. Sila pergi ke desktop pc anda dan pilih icon Google Chrome. 


2. Right click pada icon Google Chome dan pilih Properties


3. Sila Perhati pada Target. Sila tambah atau taip di hujung exe dengan 1 kali tab :-
      -disable-metrics-reporting


4. Klik Apply dan Ok. Selesai langkah 1.


Langkah 2 :


5. Sila Buka Google Chrome anda dan klik pada lambang spanar pada sebelah hujung kanan, di hujung toolbar atas. Perhatikan gambar di bawah :


6. Kemudian, Sila pilih Options


7. Paparan Google Chrome Option akan terbuka dan pilih pada tab Under the Hood. Sila perhatikan gambar di bawah, Untick atau kosongkan pada kotak no 1, no 2 dan no 3. Kemudian pada no 4, sila klik 'Change Proxy Settings'.


8. Akan keluar 1 lagi paparan iaitu Internet Properties. Sila klik LAN Settings.


9. Paparan Local Area Network (LAN) Settings. Perhati gambar di bawah. Sila Untick atau kosongkan kotak pada no 1 dan no 2. Setelah itu, Klik Ok, Ok dan Close.


10. Selesai. Cuba tutup browser Google Chrome anda dan buka semula untuk melayari internet.


Mudah bukan? Sekarang anda akan merasa perbezaan pada sebelum nya dan setelah melakukan setting. Jika ada masalah, boleh lah anda menanyakan pada saya mengenai trik yang telah saya kongsikan bersama anda semua. Sekian...

Thursday, May 20, 2010

Daftar Blog Anda Ke 100 Lebih Mesin Pencari Secara Automatik


Setelah saya membuat research bersama pakcik google kita, saya telah menemui satu lagi cara kita mendaftar domain url kita ke 100 buah mesin pencari seperti, Google, Yahoo, Ask,  Bigfinder, Alexa, AllTheWeb, WhatUseek, Altavista, Search dan pelbagai lagi engin pencari yang ada di dunia cyber sekarang.
Seelok-eloknya kepada blogger yang masih baru, saya sarankan cara ini adalah cara yang mudah dan ringkas untuk mendaftarkan website/blog anda ke ratusan search engine. Jangan menganggap semua ini terlalu sukar di laku kan! Cara daftar terlalu senang, masukan URL website/blog anda dan masuk kan email anda, terus tekan Submit... So Website/Blog anda akan terdaftar. Baik lah, saya tak nak berceloteh panjang, anda boleh melakukan dengan mudah dan daftar website/Blog anda sekarang


Klik Link di bawah ini satu persatu, atau pilih salah satu saja.


100 search engine A
100 search engine B
50 search engine
40 search engine
21 search engine
20 search engine


Tuesday, May 18, 2010

Gambar Perbezaan Orang Miskin Dan Orang Kaya

Sebelum me-rileks kan mata, badan dan hormon dalaman anda, mari kita saksi kan foto perbezaan orang miskin dan orang kaya. Di harapkan, terbuka nya halwa ketenangan di hati anda untuk sekejap... heheheh.. 


INI KEADAAN ORANG KAYA
haxims.blogspot.com


TETAPI JIKA ORANG MISKIN, BAGAIMANA NASIB NYA YER? ADA KAH SAMA KEADAAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS? JOM TENGOK BAWAH NI....




BEGINI LAH KEADAAN ORANG YANG MISKIN
haxims.blogspot.com

Jangan di hina keadaan ini... Sesungguhnya perjalanan hidup kita telah Allah takdir kan. Hanya kita sendiri yang mampu mengubah diri sendiri.... Tapi, yang tak lalu nak tengok tu, kambing pun boleh berpaut kat belakang tuan nye.... heheheh...  Sekadar renungan dan tatapan jiwa... Peace always...

Monday, May 17, 2010

Terima 1st Award Dari Pak cik Im

Web Award | Golden Web Awards
Salam Semua blogger dan teman-teman yang sedang membaca artikel ini. Pertama sekali dengan nafas yang masih ada, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada anda semua kerana sudi melawat dan mencari artikel di dalam blog saya. Walaupun blog saya ini masih tidak seberapa dan masih lagi pada tahap permulaan.

Tengahari tadi saya online dan membuka blog saya... alang kah terkejut nya saya apabila di ShoutMix Chat saya tertulis nama pakcik im "Thanks For being My Follower. Take Your New Designed Award Here" dengan sudi memberi award pada saya ... Sungguh terharu hati saya melihat keakrabaan teman-teman bloger kita di Malaysia. :love:


Ini lah Award yang pertama sekali yang saya terima dari rakan-rakan blogger Malaysia kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada pakcik im kerana dengan keihlasan beliau menjadi follower dan memberi Award pada saya. Tidak mampu saya ucapkan banyak-banyak terima kasih pada beliau kerana sudi menjadi teman dalam menjadi dunia cyber ini tempat penyampai maklumat dan informasi yang terkini.


Di dalam blog pakcik im ni, pelbagai sumber informasi dapat kita kongsi kan bersama. Pakcik im juga banyak menerapkan artikel-artikel dari pelbagai aspek seperti lukisan,tip dan triks, rahsia, motivasi, icon, artikel lucu, tip dan trik bloger serta macam-macam ada... hehehe... Bak kata pakcik im sendiri, 1001 Rahsia dalam blog dia. Jika anda berkesempatan, sudi-sudikan diri anda melawat blog pakcik im yang ramah mengunjungi rakan-rakan blogger di malaysia. Sekali lagi saya mengucap sekalung terima kasih yang tidak terhingga pada Pakcik Im.

Tidak lupa juga pada teman blogger saya yang lain, terima kasih pada sokongan anda semua dalam membantu saya menaikkan lagi ranking blog saya. Saya akan sentiasa memberi informasi sharing yang terbaik untuk anda semua. Insyaallah, suatu hari nanti, saya akan mencipta juga 1 Award untuk teman-teman blogger kita di malaysia. Hidup 1 Malaysia. Pada Ayie, rakan blogger yang banyak membantu dalam trafik blog saya, saya sangat menghargai jasa anda. Terima kasih buat semua ya, tak kira Blogger, rakan Facebook, Orang kampung, teman sekerja, keluarga, rakan follower, rakan yang mengenali dan tidak mengenali diri ini serta sesiapa yang pernah singgah di blog saya... Sekian, dari saya... TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA..... Wasalamm..

Sila scroll ke bawah untuk melihat Award dari Pakcik Im.

Thursday, May 6, 2010

Cerita Pasal Line Internet aku Kena Sedut..

Salam teman semua, ni aku nak cerita sikit terjadi hari ni. Hari ni tadi, sedar tak sedar aku punya broadband celcom dah mencecah limit 5Gb. So aku pun telefon ler celcom suruh dia tambah limit aku sampai 6Gb. Maksudnya, aku cuma tambah 1Gb je tu. Kalau nak ikutkan dari limit yg celcom bagi hanya 5Gb tapi aku dah kehabisan 5gb. Jadi, jika limit 5gb telah habis, maka penurunan data internet ke pc kita semakin slow. Boleh kata jadi GPRS/EDGE punya line. Setelah aku setuju dengan menelefon celcom untuk menambah kan 1gb tersebut, aku di info kan oleh perunding khidmat celcom tu mengenai pembayaran 1gb hanya Rm5.00. Aku tak kisah sebab aku ni dah jadi blogging, mungkin banyak lagi software yang bersaiz Megabite(MB) besar akan aku posting dan memerlukan akses yang laju untuk download dan upload. Nak menunggu reset limit dari celcom mengenai 5Gb tu terpaksa menunggu setiap 13hb. Masa tarikh 13hb tu, pihak celcom akan reset kita punya limit jadi 0 balik. So, setelah di faham kan mengenai semua hal tu dari pihak celcom, aku di suruh shutdown pc aku selama 10 minit. Setelah 10 minit, baru lah kita on balik pc dan kemampuan atau kelajuan akses internet kita akan jadi laju seperti biasa balik.

Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita kan, tapi disebab kan hati yang panas membara, aku bagi info untuk teman-teman supaya teman selepas ni boleh tahu cara menambah limit jika dah mencecah 5GB. Tu pun kalau ada message yang celcom bagi kat broadband kita tu. Ok lah, aku nak mulakan cerita ni....

Tak silap aku, dalam pukul 3 petang bertarikh 6/5/2010. Aku telah mati akal kerana mendapati broadband celcom aku tak berjaya menyambung conection. Kalau berjaya sekali pun hanya sekadar 5 minit. Teman cuba bayangkan, dari pukul 3 petang aku cuba mengatasi masalah ini tapi tak berjaya. Aku apa lagi, dah naik fedup giler lah.. aku shutdown pc aku, aku tengok astro, aku main ps2, pastu aku pergi keluar berjalan-jalan. Dalam pukul 9 malam puler aku cuba sekali lagi on pc aku dan try balik conection broadband.. Keadaan yang masih sama. Connection aku failed dan kerap kali kena "Retry", ada masa nye dapat menyambung tetapi sambungan hanya sekadar 5 minit. Hati aku dah mula sakit dah tu.. Aku buat lah macam-macam cara dalam pc aku tu, aku buat ccleaner, tune-up,defrag, repair windows, cek IP port, tweak yang itu dan yang ini serta scan antivirus... tetapi jawapan nye tetap hampeh... aku GAGAL membuat connection malam ni, padahal bar line ada 4 untuk 3G... Ah, hati aku dah mula membuak-buak marah, rasa nak telefon celcom careline tu balik tapi aku rasa serba salah sebab yang aku tahu, celcom ni tak pernah menipu aku selama ni.

Lastly, entah kenapa tiba-tiba jer time aku duk tengok aku punyer rate tak stabil, seperti ada benda menarik atau menyedut line internet aku. So, di situ aku terfikir sekejap, aku teringat satu artikel di laman web indonesia dulu, dia mencerita kan line internet dia kejap hilang kejap ada. Aku pun berfikiran sama dah masa tu, memang masalah yang sama berlaku kat aku. Aku try balik conection broadband aku dan dalam kesempatan yang ada iaitu 5 minit jer, aku download Anti Netcut 2. Memang tak di sangka dalam beberapa minit yang ada tu, aku berjaya mendownload Anti Netcut 2 yang bersaiz 2.14MB. Setelah aku abis download, conection pun macam cilaQak ler, dia memandai terputus sendiri, tapi nasib baik sempat abis aku download software tu tadi. Nak di jadi kan penghabisan cerita, selesai je aku install Anti Netcut 2 tu, aku pun restart balik pc dan membuat sambungan conection broadband. Erm... sambungan dah mula berjaya dan aku buat research balik dengan membiar sambungan aku tu selama 10 minit, nampak nye memang dah tak putus lagi lah, sampai ler aku habis taip posting ni. hehehe... Maka terjawab lah persoalan yang melanda aku. Rupa-rupanye, ada hamba Allah yang berdekatan di area aku ni yang menggunakan Netcut untuk kepentingan sendiri. Netcut ni untuk mencuri atau menyedut line kita, manakala Anti Netcut ni untuk menjaga atau menahan dari terjadinya pengambilan akses sambungan internet oleh si pengguna Netcut. Apa-apa pun, kedua-dua software ni akan aku postingkan lepas ni. Siapa yang pernah terjadi seperti aku ni, harap bersabar le yer... Sebab dunia dan kemampuan manusia semakin moden.. Sama-sama kita berkongsi pandangan..