Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, Ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu Ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Neoz: Dikutip dari pelbagai sumber untuk renungan bersama.

Kenapa Arak Haram Di Sisi Islam


ALLAH SWT berfirman: "dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". " hai orang² yang beriman, sesungguhnya arak, permainnan judi, berhala-berhala, tenung(sihir), adalah perbuatan syaitan, maka jauhilah, mudah-mudahan kamu sekalian berbahagia". Surah Al Maidah:90

Diriwayatkan Nabi Nuh as ketika menanam pokok anggur, pohon itu tidak subur, maka datanglah iblis yang terkutuk berkata: "Hai utusan Allah, apabila engkau mengkehendaki pohon itu subur, maka izinkanlah saya menyembelih tujuh ekor binatang untuk dijadikan baja bagi pohon itu." Kata Nabi Nuh: "kerjakanlah." Maka Iblis menyembelih harimau, beruang, serigala, anjing, ayam jantan, harimau belang, dan musang. Setelah itu diperahkan daging binatang-binatang yg disembelihnya, dan dituangkan pada pangkal pohon anggur itu. Di saat itu juga pohon tersebut tumbuh subur dan berbuah tujuh jenis warna. Sebelum itu hanya sejenis saja yg berbuah . Oleh kerana itulah orang yg meminum arak menjadi garang seperti harimau, kuat seperti beruang, pemarah seperti harimau belang suka bercakap seperti serigala, suka gaduh seperti anjing, suka dendam seperti beruang, dan suka bersuara seperti ayam jantan. KITAB HAYATUL QULUB.

Abu Lais (ahli fekah) berkata: "jauhilah meminum khamar (arak) kerana di dalamnya terdapat 10 perbuatan yang tercela:
  1.  Apabila seseorang meminum arak, maka kedudukanya menjadi seperti orang gila dan akhirnya menjadi bahan ketawa dan dia tergolong orang yang tercela.
  2.  Hilang akal dan menebur-naburkan wang ringgit. 
  3. Menimbulkan pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain. 
  4. Menjadi penghalang seseorang itu mengingati Allah dan menghalang melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa dan lain-lain kebaikan. 
  5. Mendorong melakukan perbuatan zina dan juga berkemungkinan menceraikan isterinya tanpa sedar kerana mabuk. 
  6. Merupakan kunci semua kejahatan kerana orang yang meminum arak itu mudah melakukan perbuatan derhaka kepada Allah dan manusia. 
  7. Mengakiti para malaikat Hafadhoh kerana dia memasuka diri nya ke dalam golongan orang yang fasik. 
  8. Peminum arak wajib dirotan sebanyak 80 kali. Sekiranya terlepas di dunia maka dia akan dihukum rotan di akhirat kelak daripada neraka dengan disaksikan orang ramai dan ibu bapanya serta kawan-kawannya 
  9. Menyebabkan pintu-pintu langit tertutup dan semua doa, amal perbuatan baiknya turut tidak diterima selama 40 hari. 
  10. Membahayakan diri kerana dikhuatiri dicabut nyawanya dengan tidak membawa iman, aku berlindung pada allah atas perbuatan tersebut. Semua akibat seksaan ini adalah merupakan seksaan di dunia sahaja belum menghadapi menghadapi seksaan di akhirat kelak.

Wednesday, April 14, 2010

Doa Orang Buta, Doa Hajat, Doa Nabi SAW

Doa Orang Buta, Doa Hajat, Doa Nabi SAW yg sangat ampuh (di perkenankan oleh Nya) untuk berbagai persoalan hidup, baik penyakit mahupun masalah dalam kehidupan.

Sebelumnya ambil wudhuk, dan solat sunat hajat 2 rakaat dan kemudian baca doa ini
:

"
Allahumma inii as aluka wa atawajahu ilaika bi nabiyika Muhammad sallallahu
alayhi wasalam, nabi ur rahmah, ya muhammad saw, inii atawajahu bika ila robbi fi hajaati hadzihi ( sebutkan hajat untuk sembuh dari penyakit dan nama penderita) li tuqdali allahumma syafihu fiya

Riwayat Hadist :


Dahulu ada seorang hamba yang buta datang kepada Nabi Muhammad sallalahu alayhi
wasalam, dan meminta kesembuhan dari matanya yang buta. Kemudian Nabi saw mengatakan bersabarlah, tetapi orang buta itu mengatakan, "Ya Rasulullah saw, aku tidak dapat bersabar, kerana aku tidak dapat solat berjamaah bersamamu, kerana dengan kebutaan ini aku tidak dapat menghadiri solat berjamaah, bila ada orang yg menghantar, baru aku dapat pergi solat. Maka kemudian Nabi Muhammad saw membaca doa tersebut di atas dan orang buta itu sembuh dari kebutaannya.

"Hanya Allah swt yang Maha Meyembuhkan, dan semua kesembuhan adalah atas izinNya."

Sunday, April 4, 2010

CIRI ORANG YANG DIDOAKAN DAN DICINTAI ALLAH & MALAIKAT


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci (telah berwuduk).
2. Orang yang duduk menunggu datangnya waktu solat .
3. Orang yang berada di barisan shaf paling depan ketika solat berjamma'ah.
4. Orang yang menyambung shaf pada saat solat berjama'ah (menutup shaf yang kosong).
5. Ketika Imam selesai membaca Al-Fatihah, para malaikat mengucapkan "Amiin".
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah selesai solat.
7. Orang yang solat berjamaa'ah di kala Subuh dan Asar.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang suka bersedah dengan niat ikhlas.
10. Orang yang makan sahur.
11. Orang yang menjenguk orang sakit.
12. Orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain walaupun itu terlalu berat untuk dijalankan.
13. Orang yang bertaqwa
14. Orang yang selalu bersalawat ke atas Nabi S.A.W, Berzikir dan membaca Al-quran

Demikian ciri orang yang dicintai para malaikat, semoga Allah menjadikan anda bahagian dari ummat yang dicintai Allah dan para malaikat.

Saturday, March 27, 2010

AIR MATA NABI ADAM

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan

Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Friday, March 12, 2010

Hayati Bersama Manusia, Malaikat Dan Syaitan.. Buat Pilihan!!

KETIKA SOLAT SUBUH
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

KETIKA MAKAN

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

KETIKA BERPAKAIAN
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

KETIKA KE TEMPAT KERJA
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

KETIKA NAUNGAN AZAN BERKUMANDANG
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

KETIKA MELIHAT SESUATU YG MERUPAKAN MAKSIAT

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

KETIKA MELIHAT UMAT ISLAM YG LAIN MELAKUKAN KEMUNGKARAN
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

KETIKA MENASIHATI
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

KETIKA SEDAR AKAN DOSA YG DILAKUKAN
Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempat la)

KETIKA HENDAK MELANGKAH KE TMPT YG PENUH MAKSIAT
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

KETIKA SEDANG TERINGAT TENTANG SOLAT
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2..


ini sbg peringatan kpd kita smue umat islam...forward2 kn kpd umat Islam...:)