Showing posts with label Trik. Show all posts
Showing posts with label Trik. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Trik Mencari Driver Dengan Mudah

Biasanya sebahagian besar driver komputer ataupun device yang lainnya telah disediakan dari pengeluar driver tersebut. Jika seandainya Driver yang kita miliki telah hilang atau anda lupa di mana menyimpan driver tersebut atau CD/DVD driver tersebut sudah tidak boleh di gunakan lagi (terlalu banyak kesan calar atau rosak). Jadi, inilah yang mungkin akan menjadi masalah untuk menginstall driver tersebut, apatah lagi jika vendor tersebut tidak menyediakan driver tersebut di website rasminya.
Tapi anda tidak perlu risau, kerana saya akan memberikan tips bagi anda yang mempunyai masalah mencari driver komputer atau device lainnya ^_^

Klik kanan icon My Computer , pilih Properties
Pilih tab hardware, klik Device Manager

Klik kanan driver yang tidak di kenali atau simbol ? berwarna kuning, kemudian pilih properties

Pilih tab Details

Tekan Ctrl+c (copy) pada kursor di bawah Device Intence Id
Selanjutnya kita menuju ke website http://devid.info
 
Paste kan device id yang di copy 
 
Kemudian driver siap di Download !! Selamat Mencuba.......

Screen Saver Blog (Energy Saving Mode)


Pernah tak anda melihat paparan seperti gambar di atas apabila melawat blog saya baru-baru ini atau di blog orang lain? Kebiasaan nya paparan seperti ini akan muncul apabila kita meninggalkan atau membiarkan blog tersebut dalam 1 minit. Cuba anda lakukan di blog saya, anda akan lihat hasilnya dan anda akan di arah mengerakan kursor mouse untuk menghidupkan semula blog saya.

Mungkin anda masih tertanya-tanya apakah itu Energy Saving Mode? Baik lah, sebenarnya Energy Saving Mode ini tidak ada apa-apa keistimewaan sangat, cuma ia lebih di kenali sebagai Screen Saver jika di windows kita. Tapi sekarang bukan di Windows kita tetapi di blog kepunyaan kita dan hanya paparan seperti di atas sahaja yang ada buat masa ini. Cara membuat nya begitu senang, kita mula kan sekarang:


1. Login dulu ID anda ke Blogger
2. Klik Reka bentuk
3. Klik tab Edit HTML
4. Klik Download Full Template untuk membackup template anda
5. Sila tick kan pada kotak yang kecil di Expand Template Widget.
6. Cari kode <head> (gunakan f3 untuk mencari)
7. Copy dahulu kode di bawah ini.


<!-- save your energy -->
<script language='javascript' src='
http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js' type='text/javascript'></script>
<!-- save your energy end -->



8. Sila paste kode tersebut di atas kode <head>
9. Klik Save Template dan sila lihat blog anda dengan menunggu selama 1 minit.


Jika anda mahir dalam mencipta sendiri screen saver, anda boleh mengantikan http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js dengan rekaan anda sendiri.
Jika cara di atas agak sukar untuk anda lakukan, cuba cara yang senang ini.
1. Login dulu ID anda ke Blogger
2. Klik Reka bentuk
3. Klik Add Gadget, pilih HTML/JavaScript
4. Copy kode di atas tadi dan paste 
5. Simpan dan lihat hasil nya, tunggu dengan membiarkan selama 1 minit

Selamat mencuba!!!

Tuesday, June 22, 2010

Melihat Wajah 20 Tahun Akan Datang


Pernah kah anda terfikir, bagaimana wajah anda 20 tahun akan datang? Mungkin terlalu sukar untung kita membayangkan nya. Tetapi dengan hasil gambaran online yang kini semakin moden dan semakin canggih, semua nya tiada terbatas untuk kita melihat rupa wajah kita 20 tahun akan datang. Dengan hasil penerapan yang di gunakan oleh halaman web www.in20years.com, anda dapat melihat serba sedikit wajah tua anda yang menggunakan lukisan watercolour. Jika anda ingin mencuba untuk berimaginasi wajah anda atau rakan anda, sila ke halaman web http://www.in20years.com/. Hanya upload gambar dan pilih setting dari jantina, umur yang anda ingin kan dan beberapa kesan khas kedut di muka melalui kesan penagihan. Saya harap anda dapat menikmati layanan online ini.


1. Sila masuk ke halaman ini In20Years Website
2. Pilih jenis jantina (gender), serta usia (age) yang akan di pertunjukan, anda juga memilih apakah anda "Pecandu Minuman Keras" (drug addict) atau bukan.
3. Klik "Upload Your Photo" kemudian pilih photo anda yang ingin di persembahkan, dengan syarat photo harus jelas tampilan wajah/muka.
4. Tunggu beberapa saat dan hasilnya dapat anda lihat sendiri.
5. Tersenyumlah melihat wajah anda sendiri 20-30 tahun yang akan datang.

Saturday, June 19, 2010

Yang Aneh Di Google


Hari ini terasa keboringan yang teramat sangat.. nak cari artikel untuk di posting pun jadi lemau jer badan... Entah ler, kenapa jadi macam ni. Last-last buka balik storage dan file-file lama dalam Portable hardisk, Terjumpa ler benda ni untuk kita kongsikan bersama. So, apa kata kita sama-sama melakukan nya untuk menghilangkan rasa boring... Heheheh..



Yang aneh di Google
Buka browser dan pergi ke http://www.google.com.my/. Silakan anda mencuba beberapa kata/ayat di bawah ini pada Google :


1. Tulis kata/ayat “googoth”, lalu tekan/klik “I’m Feeling Lucky” atau "saya lagi beruntung". maka anda akan segera dibawa masuk ke tampilan google yang gelap dan bertema kan gothic.


2. Tulis kata/ayat “ewmew fudd” lalu tekan/ klik “I’m Feeling Lucky” atau "saya lagi beruntung". maka anda akan dibawa masuk ke tampilan google dengan teks versi tokoh Elmer Fudd dari Warner Bros.

3. Tulis
kata/ayat “xx-klingon” lalu tekan/ klik “I’m Feeling Lucky” atau "saya lagi beruntung". maka anda akan segera dibawa masuk ke tampilan google dengan bahasa suku kaum Klingon.

4. Tulis
kata/ayat “google bsd” lalu tekan/ klik “I’m Feeling Lucky” atau "saya lagi beruntung". Sila perhatikan ikon google yang biasa menjadi ikon bsd.

5. Tulis
kata/ayat “google linux” pada kotak teks, lalu tekan/ klik “I’m Feeling Lucky” atau "saya lagi beruntung". maka ikon google yang biasa menjadi ikon linux.

6. Tulis kata “
google easter egg” lalu tekan/ klik “I’m Feeling Lucky” atau "saya lagi beruntung". maka anda akan di pamerkan dengan tampilan mesin pencari google dengan sebuah game menangkap telur, dimana anda boleh mengendalikan gerak si arnab tersebut.



Hahah... Okey lah, setakat ini dulu untuk menghilangkan keboringan anda semua. Hehehe.... Nantikan segala kesenangan yang saya akan kongsikan untuk anda semua. Saya Sayang GOOGLE.... hahahha...

Sunday, June 13, 2010

Chrome Password Decryptor 1.6

Chrome Password Decryptor 1.6

Mungkin ada sesetengah anda risau akan kehilangan password di dalam google chrome anda bukan? mana tidak nya, pelbagai halaman yang anda daftar mempunyai email dan password untuk mengakses kan akaun peribadi pada bila di perlukan. Tetapi terfikir kah anda, apabila browser Google Chrome anda akan di uninstall atau OS anda akan di format semula! Ke mana pergi semua password tersebut? Jawapan nya adalah akan hilang serta merta. Baik lah, cara untuk menyimpan atau backup segala password di dalam browser Google Chrome anda sudah ada jalan penyelesaian iaitu Chrome Password Decryptor. Chrome Password Decryptor memudahkan anda untuk mendekripsi atau memulihkan rahsia login yang disimpan di dalam Google Chrome.


Chrome Password Decryptor merupakan jalan penyelesaian bagi menyimpan atau backup segala password yang ada di dalam browser google chrome yang pernah anda save. Cara penggunaan yang cukup mudah dan senang di uruskan. Maka, anda tidak perlu risau lagi untuk format pc anda atau uninstall google chrome kerana segala password yang ada di dalam google chrome yang pernah anda save sudah di backup dan disimpan sepenuh nya. Hanya beberapa laman web yang tidak akan di backup oleh Chrome Password Decryptor kerana ia akan melanggar polisi sesebuah web tersebut.

Ciri lain yang terdapat pada alat ini adalah pilihan Eksport yang boleh digunakan untuk menyimpan password login ke dalam format text, notepad dan HTML yang standard. Ini akan sangat berguna dalam kes berikut:
  • Untuk mengambil sandaran rahsia login untuk halaman-halaman yang disimpan
  • Untuk memindahkan rahsia dari satu sistem ke sistem lain.
  • Untuk menyimpan password laman web di lokasi yang lebih selamat.
  • Untuk memulihkan password dalam kes Chrome menjadi tidak boleh diakses atau tidak berfungsi secara rasional.

License  : Freeware
Platform : Windows XP, 2003, Vista, Win7
   Website : GooglePasswordDecryptor: The Google Account Password Recovery Tool

Chrome Password Decryptor 1.6

Trik Membuat Password Pada USB Anda





Mungkin ada maklumat yang sulit atau peribadi yang perlu di rahsia kan dari orang lain di dalam pendrive anda! Malah anda selalu lupa untuk menyimpan atau membawanya ke mana-mana bukan? Jadi dari situ, mungkin segala rahsia dari isi pendrive anda sering di buka oleh rakan-rakan sekerja atau roomate anda. Sekarang saya ada jalan penyelesaian supaya pendrive anda diprotect dengan password sebelum membuka nya. So, jom kita ikuti cara membuat nya.


1. Buka notepade 
2. Copy dulu kode di bawah ini dan paste ke dalam notepade.

on error goto 0
dim s,quest,sd,m,winpath,fs
set sd=createobject(“Wscript.shell”)
set fs=createobject(“Scripting.FileSystemObject”)
set winpath=fs.getspecialfolder(0)
set s=wscript.createobject(“wscript.shell”)
do while quest=”"
quest=inputbox(“Masukkan PASSWORD DISINI“)
if quest=”" then
m=MsgBox(“Sorry you don’t have the password…!”, 0+0+48, “http://firtstest.wordpress.com“)
end ifhttp://9im6jjs425770o267f7u4gprd0l4tbn2.a.blogger.gmodules.com/gadgets/ifr?v=c694ddc5a48660f2a298a825478864&container=blogger&view=editor-sidebar〈=in&url=http%3A%2F%2Fwms.assoc-amazon.com%2FGoogleGadgets%2Famzn_monetize.xml&country=ALL&libs=core%3Adynamic-height%3Agoogle.blog%3Agoogle.blog.editor%3Alocked-domain%3Arpc%3Asetprefs%3Asettitle%3Aviews&parent=http%3A%2F%2Fwww.blogger.com%2F&mid=1262628147450#
loop
if quest=”TAIP PASWORD ANDA” then
s.run “shutdown -a”
sd.run winpath & “\explorer.exe /e,/select, ” & Wscript.ScriptFullname
else
s.run “shutdown -s -t 0″
end if




3. Sila taip/ganti password anda sendiri pada TAIP PASSWORD ANDA
4. Peringatan :Berhati-hati menaip password anda dengan huruf besar atau huruf kecil, amati dengan teliti. Sila taip password yang senang anda ingat.
5. Simpan file dengan memilih tipe all files, beri nama paswordfd.vbs
6. Setelah selesai, untuk setting supaya secara automatik apabila pendrive di cucuk ke PC, sila buka 1 lagi notepade baru dan copy paste kode di bawah ini:



[Autorun]
shellexecute=wscript.exe passwordlock.vbs
action=Pendrive Mempunyai Password




7. Pada tulisan di bahagian action (Pendrive Mempunyai Password), anda boleh mengubahnya dengan ayat anda sendiri.
8. Simpan file dengan memilih tipe all files, beri nama autorun.inf
9. Kemudian pindahkan kedua file yang di save tadi iaitu, autorun.inf dan passwordfd.vbs ke dalam pendrive anda
10. Langkah terakhir, sembunyikan file autorun.inf dan passwordfd.vbs dengan cara klik kanan pada masing-masing autorun.inf dan passwordfd.vbs, lalu pilih properties, tick pada kotak yang ada di tanda hidden. Selesai…


Amat mudah bukan, tidak memerlukan software, secara manual untuk memastikan segala isi pendrive anda terselamat dari di buka oleh orang yang tidak anda ingini. Diharap trik ini dapat membantu anda dan sekarang, apa kata anda protect pendrive anda mengguna kan password! Selamat Mencuba!


Wednesday, June 9, 2010

Cara Membuat Homepage Dengan Nama Anda Sendiri


Salam pada semua, kali ni saya nak kongsikan satu lagi trik menarik. Mungkin anda merasa bosan dengan tampilan homepage pada browser anda! Homepage yang latar belakang nya kosong sahaja mungkin memboringkan sudut mata anda. Jadi di sini saya akan mengajar satu lagi trik yang tak kurang hebat nya sebagai penganti latar belakang homepage anda. Saya menggunakan Google Chrome dan homepage sejati saya adalah Google. Sila perhati gambar di atas atau jika ingin melihat lebih lengkap lagi, klik DISINI.

Trik ini sebenar nya sesuai kepada mana-mana browser yang ada seperti IE, Mozilla, Google Chrome, Safari dan sebagai nya. Tetapi  gambaran di atas itu untuk homepage Google sahaja.

Untuk Membuat nya cukup senang. Sila pergi ke link ini untuk mencipta nya sendiri : http://www.shinysearch.com/

- Sila masukan nama atau terserah pada anda menai ayat apa pun. Kemudian pilih tema yang anda inginkan. Seterusnya, Klik  Go dan ikuti langkah seterus nya di dalam link tersebut.

Kepada anda yang meminati homepage yahoo pula, ini adalah paparan nya. Mungkin agak terlalu ringkas paparan nya, jika di banding dengan homepage Google. Sila perhatikan lebih lanjut DISINI.

Baiklah, ini cara untuk menukar homepage yahoo.com anda ke nama anda. Sila perhatikan link yang saya taipkan ini :


- Sila paste ke URL browsing anda dan enter. Ingat! Warna Merah, sila gantikan dengan nama anda atau kata-kata yang sesuai dengan keinginan anda.

Baiklah, itu sahaja trik buat kali ini. Semoga anda berjaya melakukan nya yer! hehehe...

Monday, June 7, 2010

Cara Membuat Icon Pada Drive / Flashdisk / Pendrive


Sudah kan anda perhatikan pada gambaran di atas? Memang benar, ini lah trik untuk menampilkan icon pada drive/flashdisk atau pendrive anda. Anda cuma mencari ikon (*ico) yang bersaiz kecil dan trik ini amat mudah di lakukan oleh sesiapa sahaja. Sharing saya kali ini adalah Cara Membuat Icon Pada Drive / Flashdisk / Pendrive. Pada mereka yang tahu cara ini, saya harap kita dapat berkongsi sedikit ilmu untuk mereka yang ingin belajar trik ini. Baik lah, kita mulakan cara nya yang begitu ringkas :




1. Sediakan Icon (*ico) yang anda minati
2. Buka Notepad
3. Sila Copy code di bawah ini dan paste ke dalam notepad anda

[autorun]
OPEN=Nama_Icon.ICO
ICON=Nama_Icon.ICO,0

4. Sila save notepad tersebut dengan nama autorun.inf
5. Masukan notepad dan icon anda tadi ke dalam Drive / Flashdisk / Pendrive.
6. Refresh dan selesai. Semoga berjaya yer... hehehe


Sunday, June 6, 2010

ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ ʇɐnqɯǝɯ

Boleh tak anda membuat tulisan ʞılɐqɹǝʇ seperti ini??? heheh... Sebenarnya caranya sangat mudah. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi pada yang masih belum mengetahui nya, saya kan ajarkan. Okey lah, ini CARA nya


CARANYA:
1. Masuk saja ke halaman web http://www.sherv.net/flip.html !!!
2. Masukkan tulisan yang diinginkan pada kotak yang bertuliskan "Enter your text in here".
3. Secara automatik, ketika anda menaipkan kata yang diinginkan, maka terus keluar tulisan terbalik pada kotak yang lain. Scroll ke bawah...
4. Cuma copy tulisan yang terbalik itu! dan paste di mana sahaja yang anda inginkan....

Sungguh mudah kan... Selamat mencuba!

Thursday, June 3, 2010

Chip Duplicator Zynga Poker

Chip Duplicator Zynga Poker

Chip Duplicator ini berfungsi untuk menggandakan chip poker anda ketika bermain di Zynga Poker. Untuk cara mengunakannya cukup mudah, berikut adalah cara dan tutorial ChipDuplicator:


1. Ekstrak file ChipDuplicator.rar.

2. Jalankan file Chip Duplicator.exe

3. Inputkan login Facebook Anda. Jangan lupa untuk membiarkan setting "
Use Secure Login" tetap di tick demi memastikan keselamatan account Facebook Anda.

4. Pada bahagian "
Buddy & Chip Setting" terdapat field "Friend Facebook URL". Anda dapat melakukan transfer chip poker anda ke teman-teman anda dengan cara memasukkan URL facebook mereka disini. Jangan lupa juga untuk memasukkan jumlah chip yang ingin anda transfer pada field " Poker Chips Amount". Biarkan setting "Auto Reconnect" bila anda ingin program melakukan connection secara automatik bila terjadi DC (Disconnect)

5. Pada "
Chip Transfer Setting" terdapat setting seperti berikut:

-
Use Smart SSI methode: Aktifkan setting ini untuk menghindari terkena ban dari Zynga! SSI (Secure - Save - Invisible)

-
Card Detector AI: Script kecerdasan buatan (AI) untuk menipu Zynga sehinggakan ia seolah-olah anda yang sedang bermain poker tersebut.

-
Duplicate Your Chip (2X): Biarkan setting ini tetap aktif! Setting ini akan bekerja dengan AI untuk membuat chip anda menjadi double (bergantung pada jumlah chip anda). Untuk dapat menggunakan setting ini, anda harus mempunyai sekurangnya 1M chip. Lebih besar, maka makin tinggi lah nilai duplicate nya nanti.

-
M23C Exploit: Tanpa ini, program tidak akan dapat berjalan dengan baik, kerana inilah "OTAK" utamanya

-
Maximum Transfer Time: Apabila terjadi lag di server Zynga, maka jumlah chip anda akan bertambah selambatnya 24 jam dari masa anda menekan butang transfer

6. Pada bahagian Others..

-
CPX2 4.5 Bot Script: Bot script yang digunakan oleh program ini

-
Anonymous Transfer: Zynga tidak akan menganggap anda sedang melakukan transfer di dalam servernya

-
Clear Log & Cache: Aktifkan seting ini untuk menghapuskan segala jejak yang mungkin tertinggal di server Zynga!

7. Tekan button "
START TRANSFER". Request anda akan mula di hantar. Proses ini akan memakan masa 5 saat /minit atau 15 minit, bergantung pada kecepatan connection Internet anda.

8. Setelah proses login selesai, akan terbuka paparan baru. Pada paparan ini anda dapat melihat proses duplicate chip anda sedang bekerja. Andaakan melihat posisi duduk anda selalu berada tepat di sebelah kanan bandar.Apabila ada pertanyaan "
Start Bot Script Now?", tekan butang "YES"!

9. Anda akan melihat bagaimana bot script CPX2 memainkan perananya. Andaakan selalu mendapatkan chip yang bagus dengan persen 90%.Nikmati nya dengan kepuasan anda!


CATATAN
=======
  Program akan berhenti setiap 5 jam sekali untuk menghindari kecurigaan dari
  pengawasan Zynga. Disarankan agar anda melakukan logout tiap 4 jam sekali untuk
  mencegah hal-hal yang tidak diinginkan.



Chip Duplicator Zynga Poker

The Ultimate Virus v1.20






NOTIS PENTING!
Jangan menutup sistem ini melalui Task Manager. Jika tidak, Explorer anda akan terus mengalami masalah kerosakan yang berpanjangan. Jika hal ini terjadi, tekan CTRL+ALT+DEL untuk me-restart komputer anda (atau, jika anda menggunakan Windows XP, melalui Task Manager pilih Log Off).






File ini sebenarnya tidak mengandungi apa-apa pun virus. Jika anda tidak percaya pada saya, sila kan upload software ini ke kaspersky.com untuk memuat pengimbasan virus online.
Selain itu, program ini telah disertifikasi kan 100% FREE VIRUS oleh www.kaspersky.com.
(http://www.kaspersky.com/scanforvirus)
Jika anda mendapati virus pada program ini adalah virus yang betul-betul aktif, dan takut dijangkiti virus lain yang nyata, jalan yang terbaik adalah, anda terus memadamkan nya sebelum merebak!


Apa yang baru (v1.20)
- Ditambah Vista Red Screen of Death (Saya masih tidak yakin mengenai aplikasi ini dapat bekerja pada Windows Vista/7)
- Sekarang menyembunyikan ikon desktop dan taskbar tanpa membunuh explorer.exe, membuatnya lebih selamat.



DISCLAIMER:
Menggunakan program ini adalah tanggungjawab dan risiko anda sendiri. Saya tidak bertanggung jawab atas segala kerosakan yang disebabkan dari program ini. Jika anda tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan, jangan menggunakan program ini. Saya cuma berkongsi pengalaman dalam software ini dan secara tidak sengaja nya saya telah "mengenakan" rakan sepejabat saya tanpa sebarang kerosakan dan sebarang virus yang di detect. Ia nya hanyalah sekadar mainan belaka. Heheheh.... jahat nye saya...


The Ultimate Virus v1.20 | 615.72 Kb

Sunday, May 30, 2010

Membuat Virus Palsu



Assalammualaikum, ni nak kongsi ngan teman-teman semua. Mungkin trik ni dah lama kot, bah kan mungkin ada yang dah tau... heheh... Tapi tak apa, kita kongsi kan juga cara jahat ni... Cara ni cara nak memperkenakan komputer kawan-kawan kita iaitu kita akan membuat virus palsu, namanya juga virus palsu, sudah pasti tidak akan merosak apa-apa pun dari komputer anda. Kerana, sebenar nya ini hanyalah kode untuk membuat suatu peringatan di komputer siapa-siapa sajer.





Inilah cara membuat virus palsu tersebut:


1. Buka Notepad
2. Copy/Paste code dibawah ini:


lol=msgbox (”Komputer anda diserang virus MaBro.vbs. KLIK YES untuk memformat harddisk anda sekarang, atau klik NO untuk memformat harddisk setelah restart.”,20,”Warning”)


Code warna merah boleh anda ganti dengan ayat anda sendiri...


3. Save as dengan ekstension inf.
4. Sila 'try' klik virus palsu yang telah anda buat dan nikmati efectnya... kekek..
5. Untuk membuat virus palsu tersebut dapat bekerja, taruh ler filenya ke startup agar setiap kali komputer di on kan, maka virus palsu tersebut akan muncul.
6. Jangan lupa, file virus palsu tersebut di hidden agar tidak di ketahui... huahuahua.. Jahatnye.. 


Sebelum ini, saya juga menyediakan program virus palsu namanya "Ultimae Virus" yang sama sekali tidak akan merosakkan komputer anda, program ini hanya untuk sekadar menakutkan atau mengenakan kawan-kawan anda sajer. He...he...he...Memang tak berbahaya langsung... Sila ikuti artikel saya mengenai Ultimate Virus tersebut.. heheh...

Friday, May 21, 2010

Trik Melajukan Browser Google Chrome Anda



Assalamualaikum teman-teman semua, semalam ketika saya menjelajah alam maya cyber bersama encik Google, saya merasakan perjalanan saya bersama nya agak lambat. Dalam fikiran saya pada masa tu, mungkin semua ni bandwith punya pasal. Tetapi saya malas nak menyalahkan semua tu, saya cuba membuat CCleaner dan UNIBLUE. Tak cukup dengan semua tu, saya guna juga Tune Up 2010 dan defrag isi hardisk. Semua tu berjalan lancar. Alhamdulillah, semua nya baik seperti sediakala. Jadi, saya nak berpesan kepada teman-teman semua, lakukan lah sendiri defragment dan kalau boleh tu, sediakan tool atau software utilities yang bersesuaian dalam pc anda. Kerana Pc anda perlukan rawatan setelah lama di gunakan.

Perjalanan saya bersama encik Google tak berakhir begitu sahaja, saya dan Mr. Google kita ni telah mencipta 1 lagi kelajuan perjalanan dalam melayari internet. Terus terang saya katakan, saya sekarang memang suka menggunakan Google Chrome untuk browsing kerana Google Chrome ni mempunyai kelajuan dalam load sesuatu page dan merupakan browser yang paling ringan dan paling laju. Baik lah, saya nak kongsi lagi triks melajukan lagi encik Google Chrome kita ni. Mari kita laku kan 2 langkah yang akan saya ajarkan ini.


Langkah Pertama :


1. Sila pergi ke desktop pc anda dan pilih icon Google Chrome. 


2. Right click pada icon Google Chome dan pilih Properties


3. Sila Perhati pada Target. Sila tambah atau taip di hujung exe dengan 1 kali tab :-
      -disable-metrics-reporting


4. Klik Apply dan Ok. Selesai langkah 1.


Langkah 2 :


5. Sila Buka Google Chrome anda dan klik pada lambang spanar pada sebelah hujung kanan, di hujung toolbar atas. Perhatikan gambar di bawah :


6. Kemudian, Sila pilih Options


7. Paparan Google Chrome Option akan terbuka dan pilih pada tab Under the Hood. Sila perhatikan gambar di bawah, Untick atau kosongkan pada kotak no 1, no 2 dan no 3. Kemudian pada no 4, sila klik 'Change Proxy Settings'.


8. Akan keluar 1 lagi paparan iaitu Internet Properties. Sila klik LAN Settings.


9. Paparan Local Area Network (LAN) Settings. Perhati gambar di bawah. Sila Untick atau kosongkan kotak pada no 1 dan no 2. Setelah itu, Klik Ok, Ok dan Close.


10. Selesai. Cuba tutup browser Google Chrome anda dan buka semula untuk melayari internet.


Mudah bukan? Sekarang anda akan merasa perbezaan pada sebelum nya dan setelah melakukan setting. Jika ada masalah, boleh lah anda menanyakan pada saya mengenai trik yang telah saya kongsikan bersama anda semua. Sekian...